Sabtu, 2 Mei 2015

32 orang ditahan kerana demo anti GST 1Mei 2015

Seramai 30 orang termasuk anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) hadir ke lokap berpusat Jinjang di sini, Sabtu bagi memberi sokongan kepada penunjuk perasaan himpunan bantah GST yang ditahan pada Jumaat.

Terdahulu, polis mengesahkan seramai 32 orang ditahan kerana terlibat dalam himpunan bantah GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan), termasuk Penaung Pergerakan Negara-Ku, Datuk Ambiga Sreenavasan; Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke dan Setiausaha Agung PSM, S. Arutchelvan.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Komunikasi Korporat), Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, ACP Datin Asmawati Ahmad berkata, kesemua mereka disiasat di bawah Seksyen 141 dan 143 Kanun Keseksaan kerana mengadakan perhimpunan haram dan Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.

Yoke dan Arutchelvan ditahan semalaman di Jinjang, dan Ambiga di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

Ambiga tiba di lokap berpusat Jinjang pada kira-kira pukul 11.40 pagi Sabtu untuk pendengaran reman.

Beliau sempat melambaikan tangan dan menunjukkan isyarat tanda bagus kepada para penyokongnya yang melaungkan slogan "Bebas, bebas, bebas tahanan" ketika van yang dinaikinya memasuki perkarangan lokap berpusat Jinjang.

Ambiga, Loke dan Arutchelvan dijangka direman Sabtu.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: