Isnin, 6 April 2015

Rafidah Aziz pula 'serang' GST

Apabila wanita yang digelar Wanita Besi Malaysia dalam politik berkata beliau keliru tentang sesuatu, lebih dengar betul-betul.

Lebih-lebih lagi apabila beliau terkenal dengan kebijaksanaan.

Jadi jika bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri Rafidah Aziz keliru tentang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), apatah lagi golongan awam?


Rafidah, dengan gaya tanpa ada kekangan beliau, bercakap tentang GST apabila beliau dilaporkan berkata kebergantungan kerajaan dengan penggunaan kartun, papan iklan dan jargon teknikal seperti “berkadar sifar” untuk menjelaskan tentang cukai kepenggunaan menyeluruh beberapa tahun ini telah membuatkan pengguna Malaysia, termasuk dirinya, lebih keliru dengan sistem percukaian.

Beiau berkata kerajaan seharusnya tidak menggunakan jargon dalam menjelaskan apa itu GST kepada pengguna.

Rafidah berkata kerajaan seharusnya menerbitkan senarai barang yang dikecualikan dari cukai di setiap surat khabar dalam negara dengeran kadar segera kerana ianya akan membantu pengguna bersiap sedia untuk cukai kepenggunaan menyeluruh ini.

“Saya secara peribadi berasa bahawa sekarang ini, kita seharusnya sudah mempunyai senarai lengkap tentang kategori yang dikecualikan supaya rakyat akan tahu (barang) mana yang tiada cukai.

“Ia seharusnya tersedia dalam semua surat khabar, dalam semua bahasa, dan tidak seharusnya teknikal.

“Masalah kita adalah penjelasan setakat ini tidak begitu jelas. Kerajaan telah menggunakan sumber yang berbeza ataupun pendekatan yang berbeza, dan kebanyakan darinya bersifat sangat teknikal.

“Contohnya, siapa yang faham apa itu ‘berkadar sifar’?

Kenapa mereka tidak guna frasa ‘tak kena GST’.

Dengan itu ianya lebih mudah dan senang untuk diingat,” Rafidah dipetik sebagai berkata.

Ini, kata beliau, turut akan membantu pengguna mengenalpasti peniaga yang menaikkan harga barang yang tidak dikenakan GST.

Rafidah menekankan bahawa sisipan surat khabar akan lebih menjimatkan kos kerajaan berbanding menaikkan papan ikan besar seluruh negara.

“Beberapa masa lalu, terdapat sebuah papan iklan berdekatan rumah saya yang berkata pendidikan akan dikecualikan daripada GST. Malahan ada lukisan kartun padanya.

Saya berfikir, apa yang dimaksudkan?

Adakah yuran universiti atau yuran tuisyen dikecualikan daripada GST?

Bagaimana dengan buku atau komputer atau alatan yang berkaitan dengan sekolah?

“Daripada berbelanja duit untuk papan iklan sebegini, pada waktu ini anda mungkin sudah mempunyai satu penerbitan lengkap tentang barang yang tidak dicukaikan,” Rafidah dilaporkan berkata.

Kerajaan seharusnya menyahut saranan Rafidah berbanding membelanjakan wang rakyat ke atas papan iklan besar yang mengelirukan atau membuat video yang akan mendatangkan cemuhan seperti video muzik yang dikeluarkan Jabatan Kastam yang memuji kebaikan pelaksanaan GST.

Terdapat juga isu tentang sama ada udang galah dikecualikan daripada GST telah menjadi kecoh di Internet.

Seperti yang telah ditunjukkan daripada aduan tentang surat khabar dikenakan GST dan kekecohan menyelubungi tambah nilai prabayar, ianya jelas bahawa orang awam ingin tahu tentang apa yang dicukai dan apa yang tidak dicukai.

Menjelaskan perkara ini kepada umum sepatutnya menjadi keutamaan kerajaan, berbanding lagu seperti untuk kanak-kanak tadika, kartun ataupun papan iklan yang mengelirukan. Jika seorang bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri pun boleh keliru tentang GST, apa lagi yang perlu dikatakan?

“Halangan” atau “kekangan” berkaitan pelaksanaan GST mungkin adalah cara yang lebih sopan untuk memanggilnya tetapi huru-hara adalah huru-hara, oleh apa saja nama lain.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

6 respon:

Malaysiabaru berkata...

Bandingkan gst Malaysia dgn negara lain... Malaysia paling zalim dan tak bertamadun.. Grocery pun kena...
P.s kerajaan Malaysia dah takde duit sgt ker sehingga nak pau rakyat

kampong lad berkata...

dia serang gst kerana penyampaian & pelaksanaan saja, dia tak kata dia bangkang gst.

Tanpa Nama berkata...

tabiat menabung RM amat membantu di saat GST Rosmah Mansur boleh beli barang kemas berharga dengan simpanannya Tak risau pun pasal GST

Tanpa Nama berkata...

mrujuk pada iklan, GST baik unTuk rakyat tetapi mrujuk satu iklan lain. pelajaran tak kena GST, PUN Baik untuk rakyat, akhirny kita tak faham yang mana satu baik untuk rakyat,,, malah sampai hari ini ramai rakyat mengeluh pasal GST,,, kalau benda baik orang takkan menolak,,, CADANGAN saya,,,,,, mansuhkan je GST ni,,,.

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju ngan kak pidah. Perancangan takde, buat keje tergesa-gesa. I minggu depan nak duduk kat bulan, sapa-sapa nak ikut jom lah.

Tanpa Nama berkata...

NAK GI BELI BRG KAT KEDAI PUN TAKUT,