Jumaat, 3 April 2015

Putrajaya akan 'serang' Mahathir habis-habisan

Katanya, badan propaganda Putrajaya itu tidak akan mengambil langkah bertahan lagi tetapi sebaliknya akan lebih “menyerang” dalam menangkis tuduhan dibuat

Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), akan mengambil langkah menangkis tuduhan baharu yang dibuat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu pembunuhan
wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Tidak senang dengan tindakan Dr Mahathir semalam yang membangkitkan kembali kes yang sudah selesai di mahkamah itu, Pengarah Jasa Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi,
mempersoalkan niat bekas pemimpin utama negara tersebut.

"Kenapa beliau (Dr Mahathir) hendak membangkitkan isu Sirul (Koperal Sirul Azhar Umar) yang sudah diputuskan mahkamah?

"Bagi saya, ini tidak wajar, seolah-olah beliau ingin mengatakan beliau mempunyai bukti baharu. Tetapi pada saya, beliau hanya ingin mengaitkannya dengan
perdana menteri," beliau dipetik berkata dalam laman berita Astro Awani hari ini.

Menyedari kesan yang bakal terpalit kepada Datuk Seri Najib Razak, Puad berkata Jasa akan mengambil tugas dan tanggungjawab menangkis persepsi negatif
yang timbul daripada kritikan Dr Mahathir.

Katanya, badan propaganda Putrajaya itu tidak akan mengambil langkah bertahan lagi tetapi sebaliknya akan lebih “menyerang” dalam menangkis tuduhan dibuat
ke atas Najib itu.

"Kita tahu kenyataan Dr Mahathir dalam blog beliau yang terbaharu ini sudah menjadi viral dan kita anggap ia (pandangan) terlalu negatif. Jadi, Jasa akan
berdepan dengan perkara seperti ini dan bukan bersikap defensif, tetapi 'serang' (menerusi media sosial)," katanya.

Dr Mahathir dalam blognya yang popular chedet.cc sekali lagi meneruskan serangan ke atas Najib, membangkitkan peranan Sirul yang juga pegawai khas Najib
dalam pembunuhan model itu.

"Ini adalah nyawa manusia. Amatlah zalim jika Sirul dibunuh (dijatuhkan hukuman bunuh) kerana menjalankan arahan," tulis Dr Mahathir.

Kritikan tersebut dilihat serius sehingga Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim mencadangkan Umno mengadakan perbincangan tertutup
bersama Dr Mahathir bagi membincangkan perkara itu.

Penulis blog Umno juga berdiam diri dalam isu dibangkitkan pemimpin negara yang berpengaruh tersebut.

Kritikan semalam dilihat sebagai paling keras perdana menteri paling lama berkhidmat itu yang membayangkan Umno dan Barisan Nasional bakal hilang kuasa
jika masih di bawah pentadbiran Najib dalam pilihan raya umum akan datang. – tmi

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

Mahathir sebenarnya memegang banyak rahsia pemimpin2 dan dgn rahsia yg dipegangnya itulah digunakan untuk mengancam atau tawar menawar bagi memenuhi kehendak peribadinya. Adakah sesiapa yg tahu mengapa Pak Lah boleh menyerahkan tiga blok telaga minyak kpd Brunei? Dulu semua ADUN UMNO Kedah menolak Sanusi Junid dilantik sebagai MB Kedah menggantikan Othman Arof, sebaik shj dipanggil oleh mamak pedukang ini habis semuanya akur. Tentu ada file rahsia dlm simpanan mamak pedukang ini. Hanya Anwar shj mamak pedukang tidak ada file keburukannya, maka diciptanya pula fitnah keji yg langsung tak masuk akal, kecuali pd hakim2 yg bacul itu. Rahsia hakim2 pun dipegangnya juga. Persoalannya sekarang, siapakah yg memberi idea supaya Sirul lari ke Australia? Siapakah yg menanggung sara hidup Sirul di Australia? Ketika pembantaian di Memali, mamak pedukang ini dikatakan pergi ke China, betulkah begitu? Musa Hitam juga diancamnya dan terkini ketika anak Najib bernikah, mamak pedukang ini ke Jepun untuk merawat mata. Ini semuanya adalah auta keling kerala, ada faham? UMNO sememangnya busuk sampai ke usus!!!

LukmanHussain berkata...

Najib tahu bnyk pekong mahathir dan daim.....klu najib bongkar segala kebejatan dua ekor puaka ni...nti baru satu malaysia tahu org yg bernama mamu mahathir dan mamu daim nisiapa sebenarnya selama 22 thn merintah meratah hasil masul negara kita ni