Khamis, 30 April 2015

KASTAM Kantoi - SKMM Dedah Harga Kad Topup Tidak Akan Kembali Seperti Asal Pada 1 Mei 2015

Amboi KASTAM.

Apa yang kau sebar sebenarnya tak sama apa yang SKMM dedahkan. Menipu je la kerja korang.

Aku baca berita di Berita Harian tadi. Siang tadi la. Dan aku tak faham sangat apa yang KASTAM cuba lakukan. Dulu aku pernah meniaga topup. Jadi aku tahu sistemnya bagaimana. Sebab tue aku cakap. Lepas aku baca berita tue aku jadi tak faham sebenarnya. Yang aku fikir cuma satu je. Kalau sungguh harga dijual pada 10 dengan nilai 10 ini bermaksud GST akan dipukalkan (bukan per item) atau GST dimahsuhkan.

Berikut apa yang dilaporkan oleh portal berkenaan.



KASTAM bayangkan 1 mei KAD PRABAYAR akan dijual seperti sebelum GST dilaksanakan.

Ini pula apa yang dilaporkan oleh Ahmad Maslan ;


Bila baca kenyataan ini maka baru la aku faham.

- Harga topup memang tidak akan diturunkan seperti sebelum ini.

- Apa yang berlaku ialah KASTAM keluarkan surat arahan agar peniaga jual harga topup seperti sebelumnya.

- Jika peniaga enggan, KASTAM bercadang mahu mengambil tindakan undang2.

- KASTAM berpendapat yang peniaga akan mematuhi arahan KASTAM memandangkan KASTAM menekan mereka menggunakan kuasa undang2.

- Bukan pula bermakna peniaga sendiri bersetuju dengan arahan yang dikeluarkan.

- Hanya KASTAM yang syok sendiri berpandangan bahawa peniaga akan akur dengan arahan yang dikeluarkan oleh mereka.

Sebab itulah akhirnya SKMM keluarkan kenyataan rasmi menafikan laporan media kononnya HARGA TOPUP AKAN KEMBALI SEPERTI BIASA PADA 1 MEI.

Alahai KASTAM.

Belum apa-apa dah kecoh semegah.
Kemudian, penyokong2 BN lambung bagai.
Padahal habuk pun tarak.

Ini kenyataan SKMM yang sekaligus membuktikan si KASTAM adalah penipu dalam menjawab isu berkaitan harga topup.

KENYATAAN MEDIA: MCMC PERJELAS KEDUDUKAN GST BAGI ISIAN SEMULA PRABAYAR


CYBERJAYA, Rabu, 29 April --- Isian semula prabayar akan terus dijual dengan GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) ditambah kepada amaun isian semula. Sebagai contoh, isian semula RM10.00 akan dijual pada harga RM10.60 termasuk GST 6%, perjelas Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), Dato’ Sri Dr Halim Shafie.


“Seperti kenyataan kami pada 3 April 2015, satu kajian akan dijalankan oleh pembekal komunikasi untuk menilai sama ada pelanggan memilih nilai isian semula yang lebih rendah selepas GST dikenakan. Sebagai contoh, isian semula RM10.00 boleh dijual pada harga RM10.60 (isian semula RM10 dengan tambahan 6% GST) atau RM10.00 (isian semula dengan nilai RM9.43 dengan tambahan 6% GST),” kata Dr Halim.


“Sukacita saya maklumkan bahawa kajian yang dimaksudkan hampir selesai dan keputusannya akan dipersembahkan kepada pihak-pihak yang berkaitan pada minggu hadapan. Jabatan Kastam dan Eksais Diraja telah bersetuju untuk membenarkan kajian ini dilaksanakan sebelum apa jua keputusan selanjutnya dibuat.”


“Pun begitu, terdapat kekeliruan sama ada isian semula prabayar akan kembali kepada kadar pra-GST bermula 1 Mei. Harus difahamkan, agak mustahil untuk pembekal perkhidmatan melaksanakan perubahan seperti yang diminta dalam masa dua hari. Keduanya, keputusan kajian belum lagi tercapai dan ianya terlalu awal untuk memutuskan apa-apa pada masa ini.”


Masalah untuk kembali kepada kadar pra-GST adalah kerana kerumitan untuk membuat konfigurasi semula kepada sistem-sistem, bukan hanya di pihak pembekal perkhidmatan bahkan juga bagi ejen-ejen pihak ketiga seperti institusi kewangan, pembekal pembayaran elektronik, pasar-pasar raya, stesen minyak dan ejen-ejen jualan lain yang kesemuanya berjumlah lebih kurang 30,000.


Kos untuk melaksanakannya juga besar, baik bagi pembekal perkhidmatan mahupun ejen-ejen pihak ketiga. Tambahan lagi, stok baharu kad prabayar perlu dikeluarkan dan diagihkan ke seluruh negara. “Kos-kos ini juga harus dipertimbangkan dengan teliti sebelum keputusan muktamad dibuat,” kata Dr Halim.


“Seperti yang dipersetujui oleh semua pihak sebelum ini untuk menunggu sehingga kajian selesai, MCMC menggesa agar keputusan lanjut terhadap perkara ini hanya dibuat setelah
memberi pertimbangan sewajarnya dari segi implikasi teknikal serta kewangan,” ujarnya lagi.


Sementara itu, isian semula prabayar akan terus dijual dengan GST ditambah kepada amaun isian semula. Contohnya, isian semula RM10.00 akan berharga RM10.60 termasuk GST.

Tamat


sumber asal

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: