Pengguna, Khairul Anwar Badul Hamid, 40, berkata, ekoran kebanyakan kedai runcit yang berada di persekitaran rumahnya tutup, dia terpaksa membeli satu kampit gula seberat satu kilogram dengan harga RM3.
Menurutnya, peniaga itu tidak memberikan alasan kukuh kenapa harga barangan itu dinaikkan sebaliknya menyatakan kenaikan itu hanya jumlah yang kecil.
"Saya terpaksa beli gula dekat kedai itu sebab hanya itu sahaja premis yang masih beroperasi pada waktu terbabit.
"Harga sekampit gula sepatutnya hanya RM2.85 sekilogram, namun dijual dengan harga RM3," katanya.
Khairul berkata, kedai itu juga tidak mengeluarkan resit kepada pelanggan sebagai bukti pembelian menyebabkan peniaga tersebut boleh mengambil kesempatan.
"Saya yang peka dengan keadaan ini mungkin perasan dengan apa yang berlaku.
"Saya pasti lebih ramai lagi pengguna yang tertipu," katanya.
Katanya, aduan juga telah dilakukan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan Kulim supaya segera menjalankan siasatan untuk diambil tindakan.
"Saya tak mahu ramai lagi yang kena tipu. Barangan kawalan tak dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), peniaga untung tetapi kami pengguna terus ditindas," katanya.
Dalam pada itu, tinjauan Sinar Harian mendapati kedai yang dimaksudkan menjual gula pasir kasar dengan harga RM3 sekilogram.
Apabila ditanya, peniaga enggan menjawab sekali gus tidak mahu menjual gula tersebut.
Sementara itu, Pengarah KPDNKK Kedah, Mohamad Fitri Hassan berkata, tidak kira sama ada kedai serbaneka yang beroperasi 24 jam atau kedai runcit, harga barangan kawalan tidak boleh dinaikkan sewenang-wenangnya.
Menurutnya, sekiranya ada peniaga yang cuba mengambil kesempatan, pihaknya boleh mengambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan.
“Barang kawalan tidak boleh dinaikkan harga sesuka hati dan mereka boleh dikenakan tindakan tegas serta kompaun serta merta namun bergantung kepada siasatan yang dijalankan.
“Dalam kes ini, kita akan segera melakukan siasatan dan meneliti kes tersebut di bawah akta mana yang boleh dikenakan,” katanya kepada Sinar Harian.
Mohamad Fitri berkata, isu berkaitan menaikkan harga kawalan tanpa sebab yang munasabah tidak boleh dikompromi.
“Kita tak akan berkompromi dan tindakan tegas akan diambil dengan segera, kita juga telah meminta pegawai KPDNKK Cawangan Kulim untuk jalankan siasatan,” katanya.
Difahamkan, kerajaan telah menetapkan harga kawalan terhadap gula kasar sebanyak RM1.84 bagi setiap kilogram.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan