Ahad, 29 Mac 2015

Kejadian lelaki onani secara terbuka di Shah Alam menjadi viral

Gara-gara ketagihan seks yang melampau sehingga sanggup melakukan perbuatan onani tanpa menghiraukan pandangan orang ramai dianggap perilaku yang pelik di luar kebiasaan norma kehidupan masyarakat normal.

Pakar Psikologi, Prof. Madya Dr. Mariani Md. Nor ketika dihubungi The Rakyat Postberpandangan individu yang melakukan perkara sedemikian adalah di bawah separuh sedar.

“Tindakan itu adalah separuh sedar, dia tahu ada orang di sekeliling akan nampak perbuatannya tetapi dia terpaksa lakukan.

“Ini kerana dia tidak boleh tahan dan terpaksa buat dengan cara sendiri,” katanya ketika diminta mengulas mengenai penyebaran sebuah video seorang lelaki melakukan perbuatan tersebut di sebuah perhentian bas, yang tersebar di laman Facebook.

Namun katanya, individu itu tidak boleh dikategorikan sebagai individu yang mempunyai masalah mental kerana tindakan itu menunjukkan individu berkenaan tidak melakukan apa-apa tindakan yang menunjukkan dia mempunyai masalah mental.

“Kita tidak boleh kata dia ada penyakit mental kerana kalau dia sakit mental dia akan rogol orang lain di tempat awam. Kalau orang gila, dia tidak akan buat perkara itu,” jelasnya.

Ujar Dr Mariani, tindakan itu disebabkan oleh beberapa faktor persekitaran yang boleh mendorong perbuatan itu antaranya kesan menonton video lucah.

Namun katanya, beliau tidak boleh menyatakan secara spesifik punca kejadian itu selagi beliau belum bertemu dengan dengan pelaku berkenaan.

“Dia mungkin sering menonton video seks tetapi saya tidak boleh kata ya kerana saya tidak berapa jelas dengan situasi itu,” katanya.

Perbuatan lelaki itu dirakam oleh seorang wanita dan menjadi viral melalui laman sosial Facebook sejak semalam.

Menurut beberapa komen daripada pengguna-pengguna Facebook, difahamkan kejadian berkenaan berlaku di Shah Alam.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Masyarakat kita sering mnganggap isu2 trpencil pribadi bgitu sbg isu yg sgt2 BESAR utk dbandingkan dgn..

--isu2 rompakan/songlap NFC PKFZ & 1MDB yg brbillion2

--isu2 FITNAH sprt liwat pilkuda dsb nya

Sdangkan isu2 songlap/ROMPAKAN serta isu2 FITNAH diatas itu trsgt2 BESAR kesan impaknya kpd khancuran masyarakat dan juga negara