Isnin, 30 Mac 2015

Untung Astro naik kepada RM519 juta .. rakyat sengsara!

Astro Malaysia Holdings Bhd mencatat keuntungan bersih RM519 juta dalam tahun kewangan berakhir 31 Januari 2015, mewakili peningkatan 16 peratus berbanding RM447.9 juta yang dicatat dalam tahun kewangan sebelumnya.

Prestasi lebih baik itu disandarkan kepada pendapatan yang meningkat sembilan peratus kepada RM5.2 bilion daripada RM4.79 bilion.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Rohana Rozhan, berkata prestasi memberangsangkan itu disokong terutamanya oleh pertambahan jumlah pelanggan.

"Selain itu, jualan produk dan perkhidmatan bernilai tambah turut menjana peningkatan pendapatan Hasil Purata Setiap Pelanggan (ARPU), dan pengawalan kos mengukuhkan keuntungan.

"Prestasi GO SHOP, perkhidmatan beli belah dari rumah serba baru, juga menggakkan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengumumkan prestasi kewangan tahun kewangan 2015 di sini petang ini.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

Astro tu kalau tak ada di rumah, boleh matikah? Saya tanya sebab rumah saya tak ada astro sebab saya miskin... jadi saya tak tahu.

Tanpa Nama berkata...

PULAU SAJA ASTRO