Selasa, 3 Februari 2015

Pakatan Rakyat bercerai gara-gara Anwar?

Dr Bridget Welsh berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah tidak lagi menjadi ikatan dalam Pakatan Rakyat, dan ini bakal dibuktikan sekiranya ketua pembangkang itu dipenjarakan. –

Pakatan Rakyat (PR) sudah mula menjadi tidak relevan dan harapan rakyat melihatnya sebagai alternatif kepada Barisan Nasional (BN) mungkin hancur akibat pertengkaran terbuka sesama mereka, terutama antara PAS dan DAP, kata seorang penganalisis politik.

Menurut Dr Bridget Welsh, penyelidik bersekutu kanan di Center for East Asia Democratic Studies, Universiti Kebangsaan Taiwan, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak lagi menjadi pengikat PR sejak pilihan raya ke-13 (PRU13) lalu lagi.

Sebaliknya, tiga parti dalam PR itu perlu mengendalikan perbezaan antara mereka dan merenung kembali tujuan asal mereka membentuk gabungan itu, katanya.

"Mereka perlu membina kepercayaan antara satu sama lain untuk maju ke depan. Kepercayaan itu kini sudah hancur. Bukan sahaja tiada dialog tetapi juga tiada sasaran dan tanggungjawab bersama," katanya.

Welsh berkata, PR perlu segera menyelesaikan semua masalah atau menghadapi risiko hilang kepercayaan rakyat.

Pada masa sama, katanya, Anwar tidak boleh dipersalahkan kerana beliau bukan lagi satu-satunya ikatan menyatukan PAS, PKR dan DAP.

"Jika Anwar dipenjarakan selepas 10 Februari ini, ia akan menguji apakah benar Anwar pengikat antara mereka atau tidak. Saya rasa tidak.

Sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim ke penjara, ia mungkin akan menguatkan lagi Pakatan Rakyat, bukan melemahkannya, menurut penganalisis Dr Bridget Welsh. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Februari, 2015.
Sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim ke penjara, ia mungkin akan menguatkan lagi Pakatan Rakyat, bukan melemahkannya, menurut penganalisis Dr Bridget Welsh. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Februari, 2015.
"Bagi saya, sejak 2013 lagi Anwar bukan lagi pengikat antara pemimpin PR," katanya kepada The Malaysian Insider mengulas masa depan PR menjelang keputusan Mahkamah Persekutuan dalam rayuan kes liwat Anwar 10 Februari ini.

Mahkamah akan membuat keputusan sama ada mengekalkan hukuman penjara yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan sebelum ini, atau kembali kepada keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar.

Sehubungan itu, Welsh berkata, Anwar ke penjara bukan punca PR berpecah, sebaliknya boleh menguatkan lagi pakatan itu dan menjadi sebab mereka kekal bersama.

"Inilah yang sering diperkatakan mengenai PKR, jadikan beliau (Anwar) syahid dan beliau akan diiktiraf di peringkat antarabangsa," katanya.

Bagi Welsh, sekiranya PR berpecah satu hari nanti, ia bukan kerana Anwar, tetapi lebih kerana masalah antara mereka yang tidak diselesaikan seperti pertelingkahan antara PAS dan DAP mengenai pilihan raya kerajaan tempatan dan isu hudud.

"Punca masalah PR ialah Presiden PAS (Datuk Seri Abdul) Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, dan dalam sesetengah keadaan, Timbalan Presiden PKR (Mohamed) Azmin Ali," katanya.

Baginya, Hadi merupakan antara punca perpecahan PR kerana dia secara terbuka menampakkan dirinya seolah-olah "anti-PR" melalui tindakan yang diambilnya.

"Melanggar semua yang dipersetujui bersama, dari isu perkauman hingga pilihan raya pihak berkuasa tempatan dan juga hudud. Semua itu tiada kaitan dengan Anwar," katanya.

Bagaimanapun, katanya, Hadi tidak sendirian, malah seluruh ahli partinya perlu bertanggungjawab kerana mereka "terang-terangan bergaduh seperti kanak-kanak".

"Ujian sebenar ialah sama ada para pemimpin ini boleh mengenepikan perbezaan antara mereka. Pertengkaran tentang perbezaan pendapat ini tidak akan selesai. Ia malah berpotensi menjadi lebih teruk kerana setiap parti cuba mengambil hati penyokong masing-masing, baik DAP mahupun PAS," katanya.

Welsh memberi amaran yang PAS bakal menerima kerugian paling besar, "termasuk kehilangan Kelantan dan kebanyakan kerusinya di Selangor berdasarkan keadaan sekarang".

Penyunting buku "Bangkit - Tempoh Pentadbiran Abdullah Badawi di Malaysia" itu berpendapat, ketiga-tiga parti itu akan kekal dalam PR tetapi akan menjadi "semakin lemah dan berpecah belah".

Katanya, PR gagal merangka strategi sebagai satu pakatan berhubung isu yang masih belum selesai seperti persempadanan semula kawasan pilihan raya, pilihan raya Sarawak, cukai barang dan perkhidmatan dan suasana ekonomi yang suram.

"PR tiada strategi sebagai satu pakatan. Kerjasama mereka tidak akan berjaya kecuali mereka mempunyai satu strategi bersama," katanya.

Tahun lepas, pemimpin DAP Lim Kit Siang, yang juga ahli Parlimen Gelang Patah, turut membangkitkan isu sama mengenai kerelevanan PR.

Katanya parti dalam PR perlu memberi orang ramai jawapan jelas mengenai sama ada mereka boleh bersatu padu atau mereka sedang menghampiri penghujung.

Ahad lalu, Anwar merayu DAP dan PAS berhenti bertelagah dan menyeru mereka mengadakan perjumpaan antara pemimpin parti sebelum nasibnya ditentukan 10 Februari ini. – 3 Februari, 2015.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Yg nampak jelas adalah Hadi serta geng ug tidak sedar ada duri dlm daging umpanan UMNO, disebabkan jahil politik atau bernafsu besar mengatasi kemampuan.