Selasa, 3 Februari 2015

Macam ada yang tak kena jer dengan penyiasatan kes Altantuya

“Ini akan terjadi terutamanya dalam kes-kes di mana suspek adalah pegawai polis, dan senjata telah digunakan ketika melakukan jenayah,” ujar Gobind.

Ketua Biro Guaman DAP Gobind Singh Deo menggesa Ketua Polis Negara (KPN) Tan Seri Khalid Abu Bakar menjelaskan sama ada wujud penyiasatan
berasingan ke atas motif kes pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaaribuu.

Katanya, adalah menjadi tanggungjawab polis untuk mendapatkan keterangan dan kemudiannya melalui pendakwa raya, mengemukakannya di mahkamah.

“Kemudian adalah bagi pihak pendakwa menghujahkan motif, dan bagi mahkamah untuk memutuskan sekiranya atau tidak, pendakwaan telah membuktikan motif melampaui
keraguan munasabah,” kata Gobind dipetik
Roketkini.com.

Dalam satu kenyataan semalam Khalid berkata, siasatan kes bunuh meliputi pelbagai aspek, termasuk mengukuhkan sebab di sebalik tindakan dan memastikan
bukti cukup untuk tujuan pendakwaan.

Katanya ia direkod dalam kertas siasatan yang dihantar kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut, manakala semasa pendakwaan, pihak pendakwa menentukan
kembali perkara itu, atau keterangan mana satu untuk ditambah bagi membuktikan kes.

Tambah Khalid, bukan tugas polis untuk mempersoal pihak pendakwaan atau mahkamah kerana tidak menyelidik motif semasa pendengaran kes.

Namun ujar Gobind, hujah bahawa adalah kepada mahkamah untuk memutuskan motif, dan bukannya kepada polis adalah tidak kena pada tempatnya.

“Yang pertama mestilah keterangan, dan hanya kemudiannya mahkamah boleh membuat keputusan," ujarnya.

Kedua, kata beliau adalah penting untuk diambil perhatian bahawa KPN sendiri dilaporkan berkata tidak mengetahui mengapa pegawai polis itu membunuh Altantuya.

Ini, ujar beliau menunjukkan dengan jelas kekurangan pengetahuan atau bukti pada pihak polis ke atas motif.

Oleh itu, kata beliau bagaimana KPN mengharapkan mahkamah membuat penemuan mengenai siapa mengarahkan pembunuhan.

“Ketiga, adalah amalan biasa bagi polis untuk menjalankan siasatan melampaui apa yang dikehendaki, dan akhirnya dikemukakan di mahkamah untuk mendapatkan
sabitan.

“Ini akan terjadi terutamanya dalam kes-kes di mana suspek adalah pegawai polis, dan senjata telah digunakan ketika melakukan jenayah,” ujar Gobind.

Ahli Parlimen Puchong itu menambah, melalui kes ini meletakkan Malaysia sekali lagi sebagai tumpuan, bahawa pegawai tinggi polis negara ini tidak mempunyai
petunjuk, walaupun hakikatnya dua pegawai polis melakukan jenayah tersebut.

Ini, ujarnya kerana kes tersebut mempunyai kepentingan umum dan antarabangsa, manakala pembunuh yang kini telah disabitkan bersalah melarikan diri ke Australia.

“Masyarakat antarabangsa, seperti juga di Malaysia ingin mengetahui mengapa Altantuya dibunuh, dan kenapa dua anggota polis, yang tidak mengenali (Altantuya)
mahu membunuhnya?" katanya.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

Gobind, Hairan bin Ajaib. Seperti jugak tak berak, tak mandi untuk mengekalkan air mani yg kering dilubang tahik.

Tanpa Nama berkata...

DARI AWAL ORANG DOK KEDAI KOPI SATU MALAYSIA PUN TAHU TAKAN LE SI RAZAK DGN NAJIB TAK ADA TERLIBAT.ORANG BODOH CAKAP JUAL KAPAL SELAM TAKAN TAK DAPAT KOMISEN KKKKKKKKK.