Ini berikutan kejadian banjir besar yang melanda kawasan tanah tinggi itu pada akhir Oktober lalu yang mengorbankan dua individu selepas empangan di Ringlet melepaskan air berlebihan.
“Pihak berkuasa tidak boleh sewenangnya membiarkan kawasan hutan diteroka sesuka hati, sesetengah kawasan hutan perlu diwartakan sebagai kawasan takungan air.
“Bila kerajaan dan pihak berkuasa tidak melakukan penguatkuasaan, maka kawasan hutan akan diceroboh dan kawasan perladangan baru akan dibina tanpa mengikut syarat ditetapkan.
“Malah apa yang lebih dibimbangi ada unsur rasuah dalam kes penerokaan haram melibatkan warga asing di Cameron Highlands seperti yang diwar-warkan banyak pihak,” tegasnya.
Tanpa menamakan mana-mana pihak, Bob berpendapat ada ‘Orang besar’ terlibat dalam dakwaan tersebut yang menyebabkan pihak tidak bertanggungjawab berani melakukan pencerobohan.
Terdahulu, Presiden Kesedaran Alam Sekitar Serantau Cameron Highlands (Reach) R.Ramakrishnan berkata penerokaan tanah yang berlaku pada masa ini dilakukan secara haram kerana lesen menduduki sementara (TOL) dibekukan sejak tahun 2007.
Presiden Pertubuhan perlindungan Khazanah Alam Sekitar (Peka) Sharifah Sabrina Syed Akil turut dipetik menyatakan rasa kurang senangnya terhadap kegagalan pihak berkuasa tempatan di kawasan tanah tinggi menjalankan penguatkuasaan.
Bob sementara itu menyelar cadangan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G.Palanivel agar penanaman sejuta pokok di seluruh Cameron Highlands.
Tegas Bob program itu tidak akan mampu menyelesaikan masalah dihadapi dengan segera sebaliknya beliau mempersoalkan matlamat program itu diadakan.
“Ia terlalu lambat, seharusnya ada rancangan jangka pendek, sederhana dan jangka panjang, penguatkuasaan itu lebih perlu dilakukan berbanding menanam 1 juta pokok yang akhirnya kita tidak tahu kepada siapa tander akan diberikan,” tegasnya.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan