Ahad, 16 November 2014

MH370: Waris tak puashati .. tapi kenapa?

Keluarga penumpang pesawat MH370 yang menggelar diri mereka Voice370 tidak bersetuju dengan langkah Malaysian Airlines (MAS) untuk mengistyiharkan pesawat tersebut hilang, ketika usaha mencari masih berjalan.

Rasa tidak puas hati itu disuarakan susulan laporan bertajuk "MH370 to be declared lost by year end", di mana Pengarah Komersial MAS Hugh Dunleavy membuat spekulasi kemelut insiden tersebut akan berakhir pada hujung tahun ini selepas hampir 8 bulan misi pencarian berjalan.

"Keluarga terdekat bingung dengan kenyataan akhbar dari Dunleavy.

"Kami mula mempersoalkan siapa yang yang bertanggung jawab? Siapa yang membuat keputusan?" kata Voice370 dalam satu kenyataan hari ini. Mereka berkata, kenyataan itu bertentangan dengan jaminan yang diberikan Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) di mana usaha pencarian tetap akan diteruskan.

"Mereka juga memberi jaminan kepada kami semua usaha akan digunakan sepenuhnya sebelum pencarian tersebut ditamatkan," kata Voice370.

Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) juga baru-baru ini menandatangani kontrak bernilai jutaan dolar untuk meneruskan pencarian di busar selatan Lautan Hindi. Setakat ini, kawasan pencarian hanya sebahagian kecil (3,000 km persegi).

"Mengambil kira pandangan ini, kami keluarga terdekat mahu JACC/ATSB/kerajaan Australia dan Malaysia mengesahkan kenyataan dibuat Dunleavy ini benar dan tepat di sebalik keputusan kedua-dua kerajaan serta mengesahkan sama ada beliau mempunyai kuasa untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian," kata Voice370.

Sementara itu, Voice370 juga mempersoalkan mengapa MAS mengambil tanggungjawab untuk mengira pampasan yang perlu dibayar, ia sepatutnya dilakukan syarikat insurans terbabit.

"Peguam memberitahu kami, keluarga terdekat semua pampasan akan dibayar syarikat insurans.

"Jadi kami meragui mengapa MAS mengira pampasan tersebut untuk pihak syarikat insurans.

"Kami juga meragui adakah syarikat insurans campur tangan dalam agenda untuk memaksa mengisytihar pencarian ini berakhir,” katanya.

Pada 8 Mac, pesawat Boeing 777-200ER yang membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal dan 153 warga China hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam.

Pada 24 Mac lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan MH370 dipercayai berakhir di selatan Lautan Hindi.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: