Jumaat, 21 November 2014

Hakim syarie yang kantoi kahlwat dulu kini dibebaskan dari tuduhan

"Pihak pendakwaan gagal mengemukakan bukti atau dokumen bertulis berhubung fakta berlakunya pemalsuan tarikh pernikahan oleh kedua-dua tertuduh.

GEORGETOWN: Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang, di sini, membebaskan seorang hakim syarie di negeri ini dan pasangannya daripada tuduhan ditangkap khalwat,
empat tahun lalu.

Hakim Syarie, Zaim Mat Yudin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dalam kes berkenaan.

"Pihak pendakwaan gagal mengemukakan bukti atau dokumen bertulis berhubung fakta berlakunya pemalsuan tarikh pernikahan oleh kedua-dua tertuduh.

"Berdasarkan alasan penghakiman yang dinyatakan, keraguan berjaya ditimbulkan oleh pihak pembelaan. Justeru, mahkamah membebaskan kedua-dua tertuduh dan
wang jaminan akan dikembalikan," katanya.

Adam Tumiran, 47, dan Nurul Izani Md Isa, 37, didakwa berkhalwat di sebuah kuarters kerajaan negeri di Jalan Masjid Negeri, di sini, kira-kira jam 2 pagi
pada 5 Disember 2010.

Pasangan itu berdepan hukuman denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Peguam Syarie, Ahmad Munawir Abdul Aziz, Rosdee Razak dan Wan Faridulhadi Md Yusof mewakili pasangan berkenaan, manakala pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa
Raya Syarie, Mohd Najmuddin Mustafa dan Mohd Fahmi Mohd Idris.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: