Rabu, 26 November 2014

Bendera UMNO lambang .. alamak segan nak cakap

Umum mengetahui, Perhimpunan Agung UMNO bermula pada 25 November 2014 (hari ini) dan tidak hairan kini kelihatan bendera UMNO menghiasi ruang setiap sudut
di Kuala Lumpur.

Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz mendakwa, Bendera UMNO kini menjadi lambang kepada gerombolan gila kuasa yang mahu menekan dan menindas rakyat yang tidak
bersetuju dengan dasar-dasarnya dan ia tidak lagi boleh dimegahkan seperti mana sebelum ini kerana katanya UMNO kini dilihat bukan parti yang mengundang
penghormatan.

Beliau turut mendakwa bahawa bendera UMNO kini kononnya sudah menjadi lambang pemerintahan kuku besi atau “reign of terror” bayangan kepada sebuah parti
di mana ahlinya ganas dan membuli rakyat dan bukan lagi lambang sesuatu yang dimuliakan serta dihormati rakyat.

Ariff Sabri yang juga Ahli Parlimen DAP- Raub itu dengan tegas berkata, bendera UMNO adalah bendera parti yang membiarkan kumpulan ala samseng membuat
laporan polis lengkap dengan uniform para militari; yang bercakap ajak berkelahi, merusuh dan membinasa orang lain.

"Anak muda Melayu pun meluat tengok telatah pimpinan UMNO yang dahulunya malas belajar semasa sekolah, sekarang jadi kontraktor klas F dan lain-lain nya
tapi oleh kerana jadi AJK UMNO bahagian atau ahli UMNO cekai sekali pun- berlagak macam dunia ini mereka yang punya," tambahnya melalui blognya Sakmongkol
AK47.

"Orang ramai akan kata- ini bendera parti kaki pukul, kaki ugut, kaki gunakan polis sebagai budak suruhan, kaki yang hantar budak upahan menendang pelajar,
menakutkan bangsa lain rakyat Malaysia.," tambah beliau lagi.

Melihat situasi seperti yang didakwa, Ariff Sabri menyeru ibu bapa untuk menjauhkan anak-anak mereka agar tidak melibatkan diri dengan UMNO.

"Parti ini sudah tidak dapat dibantu. Pemimpin asyik berpoya melayan para isteri bermewah mewahan. Harta benda rakyat habis disapu. Ia parti yang menuju
kepada penghujung hayat – pengikutnya naik sasau dan mudah meletup. Ia hanya boleh mempertahankan keberadaannya melalui ugutan, tangkapan, penggunaan undang-undang
zalim, dan teriakan mengkasari orang lain," sambungnya.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lalu, Ariff Sabri pernah mendakwa bahawa majoriti pengundi Melayu yang keluar mengundi menolak Barisan Nasional (BN)
- UMNO.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: