Khamis, 18 September 2014

Terkedu dengan kemewahan pengerusi DAP

Beberapa laman blog sejak kelmarin mendedahkan beberapa gambar melibatkan sebuah rumah dan beberapa kereta dipercayai milik Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming.

Berdasarkan maklumat di dalam blog berkenaan mendakwa ia merupakan antara harta dikumpulkan Ahli Parlimen Taiping itu sejak menjadi wakil rakyat.

Malah blog berkenaan turut mendakwa kekayaan Kor Ming itu diperoleh selepas mendapat habuan daripada Kerajaan Negeri Kelantan apabila bersetuju menyokong Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak.

Menjawab persoalan itu, Kor Ming yang dihubungi Sinar Harian mendakwa ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan gambar itu untuk menyerang peribadinya.




Menurutnya, pada Sabtu lalu, terdapat individu yang mengambil gambar rumahnya di Bandar Baru Tambun, di sini, untuk tujuan itu.

“Saya tahu individu berkenaan dan hantar gambar kepada pihak-pihak tertentu untuk cemar nama baik saya. “Tindakan ini sudah melanggar undang-undang dan ganggu privasi saya. Malah gambar ahli keluarga saya turut didedahkan. Perbuatan ini meletakkan keluarga saya dalam bahaya,” katanya.

Menurut Kor Ming, tindakan undang-undang sewajarnya akan diambil terhadap individu dan pihak-pihak yang melakukan perbuatan sedemikian. Dalam perkembangan berkaitan, beliau mengakui rumah berkenaan baharu saja diduduk dua minggu lalu.

“Kenapa mahu jadi isu. Saya tak boleh beli rumah ke? Bukannya saya beli cash (tunai). Saya pinjam bank dengan bayaran bulanan untuk tempoh selama 20 tahun.

“Sebagai bekas peguam senior dan wakil rakyat, takkan saya tak mampu nak beli rumah. Lagipun bukan harganya sehingga RM10 juta,” katanya.

Kor Ming berkata, isu berkenaan tidak melibatkan kepentingan awam malah beliau mendakwa rumah pemimpin-pemimpin BN lagi besar dan mewah lapor Sinar Harian


coret2: pergi belek kekayaan pemimpin BN

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Unknown berkata...

Kalau setakat tu tak boleh lawan ketua2 bahagian lagi......

Tanpa Nama berkata...

Apa nak heran... cina memang pandai meniaga...cara betul atau salah terpulang... Tp klai melayu kaya biasanya...... jarang la sbb pandai meniaga....