Khamis, 18 September 2014

Nafsu serakah seorang promoter

Seorang promoter mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan merogol seorang pelajar tingkatan empat, minggu lalu.

Muhammad Zulfiqa Zambry, 21, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa yang berusia 15 tahun 10 bulan selama tiga hari berturut-turut antara pukul 11 malam, 30 Ogos dan 7 pagi, 1 September lalu di sebuah rumah di Kepong di sini.

Pertuduhan terhadap lelaki yang tidak diwakili peguam bela itu dikemukakan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat.

Hakim Azman Mustapha juga membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Norazlin Mohamad Yusoff supaya tertuduh tidak dikenakan ikat jamin.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: