Rabu, 17 September 2014

Kelantan akan tumbang .. suara kebimbangan kian bergema dalam PAS

Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat menyuarakan kebimbangannya terhadap kejatuhan kerajaan Kelantan yang dipimpin PAS sejak 1990 dalam pilihan raya umum akan datang, selepas era pentadbiran bekas menteri besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Suhaizan berkata hal itu disebabkan pilihan raya umum lalu menyaksikan sokongan rakyat Kelantan yang menetap di negeri itu, kepada PAS merosot bawah 50 peratus.

Menurutnya, kemenangan PAS dalam pilihan raya umum lalu dibantu oleh sokongan pengundi Kelantan yang berada di perantauan dan menggesa PAS tidak berharap kepada ketokohan dan pengaruh Nik Aziz semata-mata untuk mencapai kemenangan.

"Ini adalah satu isyarat bahawa rakyat tempatan Kelantan tidak berpuashati dengan prestasi kepemimpinan kita. Kita juga bimbang sekiranya anak Kelantan di perantauan tidak lagi pulang mengundi di negeri kelahiran mereka sendiri atas pelbagai sebab.

"Faktor ketokohan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sangat berpengaruh dalam membantu kemenangan PAS di Kelantan sebelum ini. Ada di kalangan rakyat Kelantan yang tidak bersetuju dengan PAS tetapi sayang dengan kepemimpinan Tok Guru, maka mereka mengundi PAS.

"Bagi sesetengah pengundi, pengaruh Tok Guru lebih besar daripada pengaruh PAS itu sendiri. Kini Tok Guru tidak lagi menjadi menteri besar Kelantan dan PAS belum teruji kekuatannya dalam Pilihanraya Umum tanpa faktor Tok Guru. Keadaan ini sangat membimbangkan,"katanya.

Beliau berkata demikian ketikan menyampaikan ucapan dasar bertajuk "memperkukuhkan Muafakat" dalam Muktamar Pemuda PAS di Kota Tinggi, Johor petang ini.

Suhaizan turut mengingatkan bahawa pemikiran rakyat Kelantan yang kritikal dan dinamik apabila mereka pernah menolak PAS jika mereka tidak berpuashati dengan prestasi kerajaan negeri yang ditadbir PAS.

"Justeru perancangan rapi perlu dilaksanakan di Kelantan, masalah dalaman perlu segera diuruskan, perubahan kehendak rakyat perlu diteliti, nilai tambah kepada kerjaan Kelantan perlu dilaksana, janji pilihan raya wajib ditunai dan pemimpin mesti sentiasa bersama denyut nadi rakyat.

"Pemuda PAS Malaysia bersama Pemuda PAS Kelantan berikrar untuk membantu sehabis baik untuk mengekalkan kemenangan PAS di Kelantan dalam Pilihan raya Umum akan datang, Insya-Allah!" katanya.


Suhaizan berkata pihaknya tidak mahu pengalaman perit kejatuhan dua kerajaan yang dipimpin PAS - Kedah dan Terengganu - selama sepenggal pada pilihan raya umum 2004 dan 2013, berulang di negeri Pakatan Rakyat.

"Hasil post-mortem parti mengenai prestasi PAS dalam PRU yang lepas mendapati punca utama kekalahan di Kedah adalah disebabkan masalah dalaman yang gagal diurus dengan baik. Akhirnya rakyat menghukum kita di Kedah.

"Kekalahan ini bukan sahaja memberi imej tidak baik kepada PAS di Kedah malah seluruh negara," katanya sambil berharap Pakatan boleh mempertahankan kemenangan lebih daripada satu penggal di Selangor dan Pulau Pinang.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Kelantan tak tumbang tapi PAS mungkin hadapi enigma kegawatan politik di Kelantan. Pertembungan kuasa-kuasa besar dalam PAS adalah petunjuk kebangkitan puak tertentu yang mahu kepimpinan diperingkat tertinggi distruktur semula. Pihak konservatif seakan sudah bersedia untuk membawa PAS keluar daripada kokun TGNA. Apa pun orang Kelantan masih berpegang kepada TGNA dan akan tidak memilih PAS sekiranya TGNA bersara dari politik.