Khamis, 14 Ogos 2014

PAS .. kau ada masa 24 jam!!

Ini aku petik sikit kata-kata rakan blogger mengenai isu ini ;

PAS dah makin lawak aaa..... Kalu diorang nak kata Saari dan Hasnul gopoh membuat keputusan tanpa menunggu mesyuarat parti.... Kenapa diorang tak buat tuduhan yang sama kepada Hadi Awang bilamana Hadi Awang buat keputusan tanpa menunggu mesyuarat parti pada 10 Ogos ....

Hahaha.....

PAS sudah ader double standard ka..... Kalu Presiden buat salah silap..... kira maksum..... kira takder salah.... tapi kalu yang lain sumer.... dikira melakukan kesalahan.... ~ Cipan, Tapir & Tenuk (C++)

Berita berkaitan ;

PAS Selangor memberikan tempoh 24 jam kepada dua wakil rakyatnya yang menyatakan sokongan terbuka kepada Datuk Seri Wan Azizah Ismail untuk meminta maaf dan menarik balik pendirian itu.

Tuntutan itu dibuat ekoran tindakan itu dianggap membelakangi parti yang belum membuat keputusan sempena menunggu mesyuarat jawatankuasa pusatnya pada Ahad ini.

"Tindakan dua ADUN (anggota Dewan Undangan Negeri) PAS di Selangor yang membelakangi pendirian parti amatlah serius dan kita akan bertindak.

“PAS Selangor memberi tempoh 24 jam untuk menarik balik pendirian dan tindakan yang dibuat atau menghadapi konsekuensi tindakan,” kata setiausaha PAS negeri Mohd Khairuddin Othman (kanan).

Dua ADUN PAS, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) hari ini tampil menyatakan sokongan terhadap Azizah.

Saari berkata, mereka berbuat demikian kerana “dasar PAS yang bersama-sama Pakatan Rakyat" dan beliau juga yakin mesyuarat ahli penting PAS minggu akan akan memutuskan terus bersama PKR dan DAP.

Lihat kembali baiah

Dalam kenyataannya petang ini, Khairuddin berkata, tindakan Saari dan Hasnul itu tidak menurut tatacara dan arahan parti, gopoh dan “terlalu taksub”.

“PAS mempunyai organisasi negeri, kepimpinan pusat dan Majlis Syura Ulama yang harus kita patuh. Mengapa terlalu gopoh dan terlalu taksub sehingga parti di belakangkan.

“Bukankah PAS pusat akan bermesyuarat pada 17 haribulan ini?" kata Khairuddin sambil meminta dua ADUN itu sabar menunggu mesyuarat penting itu.

Beliau justeru “menasihatkan” dua ADUN itu menarik balik pendirian mereka atau PAS Selangor akan mulakan tindakan disiplin.

Ini katanya termasuk “melihat kepada kandungan baiah yang telah dilafazkan sewaktu menjadi calon”.

Pusat mahu laporan

Sementara itu, PAS Pusat telah meminta PAS Selangor memberi laporan berhubung isu dua ADUN PAS negeri itu.

Harakahdaily memetik Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali sebagai berkata beliau telah menghubungi Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad petang ini dan meminta laporan penuh berhubung perkara itu.

"Saya telah menghubungi pesuruhjaya PAS Selangor supaya memberi laporan tentang dua orang ini supaya kita dapat gambaran sebenar," katanya dalam laporan Harakahdaily.

Mustafa berkata PAS akan menyiasat perkara itu dan akan mendapatkan gambaran sebenar.

Menurut Harakahdaily, sebelum ini, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan Khalid untuk kekal sebagai menteri besar Selangor berikutan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

Menurutnya, pandangan serupa dinyatakan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Malah, lapor Harakahdaily Majlis Syura Ulama PAS juga menetapkan pendirian agar Khalid dikekalkan jawatan itu sekiranya beliau tidak disabitkan dengan sebarang kesalahan berhubung pecah amanah.

Kita bagi masa 24 jam kepada PAS. Buat keputusan untuk terus menyokong pakatan rakyat atau akan hilang kepercayaan dari pengundi dan para blogger!

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"





RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

bunbinban berkata...

gua nak tanya yg PAS sokong Khalid Ibrahim yg membelakangi parti dia bole plak?. Org lain apa pun x bole tapi PAS apa punbole...hahaha...bangkai la lu ostaz

Tanpa Nama berkata...

Dalam PAS, Wala' Boleh Menghalalkan Apa yang Allah Haramkan

Menipu? Takpa kerana kita wala pada PAS bukan pada PR

Membohong? Takpa kerana kita wala pada PAS bukan pada PR

Khianat pada kawan? Takpa kerana kita wala pada PAS bukan pada PR

Bantu UMNO kekal memerintah? Takpa kerana kita wala pada PAS bukan pada PR

Ikut agenda UMNO? Takpa kerana kita wala pada PAS bukan pada PR

Fitnah? Takpa kerana kita wala pada PAS bukan pada PR

Sabotaj PR? Takpa kerana kita wala pada PAS bukan pada PR

Inilah ajaran yang diajarkan oleh ustaz2 UG dalam PAS kepada ahli2.

Tak tau ni asalnya dari agama Islam atau agama apa.

Tanpa disedari, puak2 Ustaz lepasa Al Azhar sanggup menyeleweng agama Allah semata-mata mahu mengekalkan kekuasaan mereka di dalam parti.

Mereka ini hanya menunggu balasan dan siksa dari Allah SWT kerana langkah mereka tidak jauh beza dgn ulama2 jahat sepanjang zaman.