Khamis, 14 Ogos 2014

Mahu menggelupur TS Khalid Ibrahim dengan berita ini ..

Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan Pakatan Rakyat kembali mempunyai majoriti di DUN Selangor apabila dua orang ADUN PAS menyatakan sokongan kepadanya bagi menggantikan menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut Wan Azizah, ADUN PAS tersebut iaitu Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) menyatakan sokongan mereka kepadanya bersama-sama 15 ADUN DAP dan 13 ADUN PKR.

Situasi ini menjadikan Wan Azizah kini disokong oleh 30 orang ADUN berbanding Khalid Ibrahim yang disokong oleh 26 orang ADUN.

"Dengan ini saya mengumumkan 30 orang ADUN Pakatan Rakyat termasuk saya menyatakan rasa hilang percaya kami kepada YB Datuk Tan Sri khalid Ibrahim sebagai menteri besar.

"Mereka juga menyatakan sokongan kepada saya untuk mengambil alih sebagai menteri besar baru," katanya.

Update: Respon TS Khalid Ibrahim


Dalam pada itu, Tan Sri Khalid memaklumkan beliau telah maklum perkara sedimikan tetapi perkara tersebut tidak menjejaskan kedudukannya sekarang.

Khalid menjawab dalam laman Facebooknya:

Saya maklum tentang pengumuman Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mendakwa beliau mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Negeri Selangor. Sungguhpun begitu, dakwaan ini tetap perlu diterjemahkan melalui proses undi tidak percaya di Dewan Negeri Selangor. Sehingga proses itu berlaku, pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor akan berjalan seperti biasa.

Krisis Selangor: PAS akan siasat 2 ADUN sokong Wan Azizah - Mustafa Ali


KUALA LUMPUR: PAS akan menjalankan siasatan terhadap dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu yang bertindak menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat( PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali di sini, sebentar tadi.Terdahulu, dua ADUN PAS Selangor, Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin hari ini memberi sokongan kepada Wan Azizah sebagai Menteri Besar menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

ADUN Hulu Klang dan Morib itu mendakwa, mereka yakin tindakan direstui parti kerana bertindak pada asas pembentukan Pakatan Rakyat dan bagi menamatkan kemelut politik di Selangor itu.
sumber

# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: