Surat peguamnya, dihantar pada Jumaat lepas, juga ditujukan kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dan de facto Menteri Hal Ehwal Agama, Dato’ Seri Jamil Khir Baharom. Dalam mesej kepada FMT, Kassim Ahmad, juga dikenali sebagai Pak Kassim, menulis:
“Terdapat banyak perkara yang tidak betul yang dilakukan oleh JAWI kepada saya. Mereka datang dalam 13 kereta dan menyerbu serta menggeledah rumah saya, menyita barang-barang peribadi saya, mengheret dan mencampakkan saya ke dalam sebuah van dan saya telah dibawa dari Kedah ke Pulau Pinang dan diterbangkan keluar dari negeri Kedah ke Kuala Lumpur tanpa kerelaan saya.
“Kemudian JAWI membuat saya berjaga sepanjang malam dengan sesi soal siasat dan hari berikutnya, dakwaan dikenakan ke atas saya di Mahkamah Putrajaya.
“Adakah semua itu perlu? Saya seorang lelaki berusia 80 tahun dan tidak berbahaya. Tuduhan terhadap saya adalah berkenaan dengan saya memberikan pendapat yang berbeza daripada pendapat arus perdana. Adakah perbezaan pendapat satu jenayah? Itulah sebabnya saya meminta Brig Jen. Dato Seri Jamil Khir Baharom, menteri yang bertanggungjawab mengawasi JAWI, untuk menangani dan membetulkan kesalahan ini.
“Saya panjangkan surat saya kepada Perdana Menteri kerana akhir-akhir ini Malaysia seolah-olah berada di ambang anarki. Perdana Menteri telah bersumpah untuk menegakkan Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, Perdana Menteri mesti menjelaskan isu ini supaya JAWI dan mereka yang sepertinya tidak bertindak dengan cara yang boleh menjatuhkan maruah Islam sebagai agama yang hebat, dan yang lebih penting lagi, supaya JAWI, yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri, tidak melanggar kebebasan hak asasi seperti yang dijamin oleh Perlembagaan.
“Adalah menjadi kewajipan Perdana Menteri untuk memastikan bahawa setiap agensi bertindak dalam batas undang-undang. Mereka tidak boleh melaksanakan undang-undang mereka sendiri.
“Saya juga memanjangkan surat tersebut kepada Menteri Besar Kedah kerana saya seorang warga negeri Kedah. Menteri Besar mempunyai tugas untuk melindungi saya di bawah konsep federalisme supaya agensi-agensi dari negeri-negeri lain seperti JAWI tidak boleh berbuat sesuka hati di negeri Kedah. Kedah mempunyai undang-undang dan fatwa sendiri.
“JAWI telah mendakwa saya dengan kesalahan yang tidak mempunyai persamaan dalam Enakmen Syariah Kedah. Namun, JAWI mengheret saya dari Kedah dan memaksa saya untuk berada di bawah bidang kuasa JAWI. Itu tidak menghormati konsep persekutuan dan melanggar hak-hak asasi saya.
“Menteri Besar Kedah mesti menjawab kepada rayuan saya untuk perlindungan, terutamanya kerana DYMM Sultan Kedah kini Yang di Pertuan Agong.
“Saya harap para menteri ini akan melaksanakan tugas perlembagaan mereka dan mempunyai keberanian moral dan politik untuk meletakkan perkara pada yang betul.”
sumber
- SILA BACA SYARAT & PENAFIAN KOMEN SEBELUM MEMBUAT ULASAN
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan