Selepas Singapura, United Kingdom juga turut membantu Malaysia dengan menghantar kapal selam. Terima kasih kita ucapkan.
Kita masih terasa sedih akan kehilangan MH370, dan kita juga harus merasa sedih dengan kehilangan 'duit rakyat ' yang banyak digunakan untuk memeli Scorpene. Apa jua alasan yang diberi kita tidak dapat terima sekiranya scorpene kita tidak dapat membantu menyelam ke dasar laut mencari MH370.
Mungkin aspek rekaan Scorpene tidak sama dengan kapal selam yang lain. Itu bukan kemahiran kita, tapi kita sebagai rakyat rasa iri hati bila Negara terdekat boleh menghantar kapal selam diikuti Negara luar yang lain seperti United Kingdom.
Jauh sangatkah kita tertinggal berbanding Negara lain? Usahkan kapal selam, satelit kita pun macam tak ada fungsi. Betul tidak?
{baca lagi klik butang papar ... }
KUALA LUMPUR, 2 APR: Ahli Parlimen DAP Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz mempertikai tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) membeli aset pertahanan yang akhirnya tidak diguna apabila keadaan memerlukan.
Antara contoh yang beliau bangkitkan ialah tindakan kerajaan tidak menggunakan kapal selam dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 walaupun membelanjakan berbilion ringgit.
Perbelanjaan pertahanan kerajaan meningkat setiap tahun, RM13.82 bilion pada 2011, RM13.71 bilion (2012), RM15.2 bilion (2013) dan RM16.1 bilion dalam belanjawan tahun ini.
“Mengapa kerajaan tidak menghantar kapal selam yang dibina Target Resources Sdn Bhd? Apa guna membayar RM6 juta sebulan kepada mereka tapi tidak menghantar kapal itu untuk operasi SAR?
“Ini membuktikan pasukan penyelamat kita tidak mempunyai kemampuan atau tidak terlatih. Jika benar, untuk apa membelanjakan berjuta ringgit?”
Apabila sesetengah pihak kemudiannya memberi respon bahawa kapal selam negara adalah berfungsi untuk ‘search and destroy’ (mencari dan memusnah), “Kita katakan kita hanya mahu fungsi mencari sahaja” ujar bekas Ketua Penerangan UMNO Pekan itu.
“Ini masanya untuk menggunakan kapal selam kerana pesawat itu dikatakan berakhir di Selatan Lautan Hindi,” katanya ketika ditemui di Parlimen hari ini.
Menurut beliau, kerajaan sepatutnya lebih bertanggungjawab dalam proses mencari kerana pesawat itu milik Malaysia.
Namun, sebaliknya berlaku, negara luar dilihat lebih serius menghantar bantuan keselamatan dan pasukan mencari berbanding Malaysia sendiri.
Menurut laporan BBC, kapal selam Britain HMS Tireless turut serta dalam usaha mencari pesawat MH370. Kementerian pertahanan negara itu memberitahu kapal selam kelas Trafalgar itu tiba di Selatan Lautan Hindi untuk membantu mencari kotak hitam pesawat terbabit.
Terhempas atau tidak?
Mohd Ariff Sabri turut mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein kerana mencetuskan percanggahan.
“Kapten Kirk (Najib) kita tanpa ragu membuat kesimpulan ia berakhir di Lautan Hindi. Apa maksud ‘berakhir’ itu? Terhempas?
“Kemudian Hishammuddin pula menyatakan bahawa Najib tidak pernah mengatakan pesawat itu terhempas.
“Jadi kenapa Najib dalam sidang media 24 Mac lalu dilihat dalam ‘mood’ muram? Mengapa tidak perjelas dengan terperinci maksud ‘berakhir’ itu? Adakah ia terhempas dan tidak ada seorang pun terselamat,” ujarnya.
Kapal selam British HMS Tireless menyertai operasi mencari pesawat Malaysia Airlines yang hilang awal bulan lepas, di Lautan Hindi.
Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata maklumat ini disahkan oleh rakan sejawatnya Philip Hammond dalam satu perbualan telefon pagi Selasa. Hawaii adalah 18 jam lewat di belakang Malaysia.
"Ini adalah satu sumbangan daripada rakan Malaysia yang amat dihargai bukan sahaja oleh kami tetapi juga rakan-rakan operasi pencarian penerbangan MH370," katanya kepada Bernama di Honolulu.
Hishammuddin tiba di Honolulu pada hari Isnin untuk menghadiri Forum Pertahanan Amerika Syarikat-Asean atas inisiatif Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Chuck Hagel.
Pesawat Boeing 777 dengan 239 penumpang dan anak kapal itu yang dalam penerbangan ke Beijing hilang secara misteri pada 8 Mac lepas ketika merentasi Laut China Selatan, selepas kira-kira sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 12.41 tengah malam.
Para pemerhati berkata ia menunjukkan sokongan berterusan United Kingdom kepada percubaan pelbagai negara untuk mengesan pesawat yang hilang itu.
Peralatan pendengaran dalam air yang canggih dimiliki HMS Tireless akan digunakan untuk mengesan lampu isyarat pengesan perakam penerbangan pesawat itu.
Timbalan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia Laksamana Madya Datuk Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata HMS Tireless, sebuah kapal selam nuklear kelas Trafalgar, berkeupayaan untuk beroperasi di kawasan persekitaran maritim yang paling teruk, seperti di Kutub Selatan.
Tambahan pula, UK telah menghantar HMS Echo untuk membantu pencarian.
"Saya berharap setiap orang akan mendoakan kesemua aset yang kita ada boleh mengenalpasti objek-objek yang dikesan oleh satelit-satelit dalam pencarian penerbangan MH370," kata Hishammuddin.
Satu operasi melibatkan pelbagai negara telah digerakkan bagi mencari pesawat itu, bermula di Laut China Selatan dan kemudian selepas didapati pesawat itu melencong dari laluan asal, pencariannya beralih di sepanjang dua koridor - koridor utara menjangkau dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.
Berikutan sejenis analisis yang belum pernah digunakan sebelum ini, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom, Inmarsat dan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara UK merumuskan penerbangan MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya ditengah Lautan Hindi , ke barat Perth, Australia.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada 24 Mac, selepas 17 hari kehilangan pesawat itu, bahawa penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi". Pencarian diteruskan di sana.
0 respon:
Catat Ulasan