Hello!! Orang tengah hangat hati pasal isu kangkung dan kesan rasionalibabi subsidi, korang pulak tengah sibuk bercakaran isu kuasa dan harta benda. Ini apa hal isuAzmin Ali dan PKNS?
Sejak bila pulak Khalid Ibrahim jadi MB putar alam? Khalid cakap macam ni, PKNS cakap macam ni .. Azmin cakap macam mana pulak?
Penburukonline.blogspot.com
Tak boleh ke korang selesai masalah perbalahan korang tu. Aku cadangkan korang berdua bercuti dan duduk face to face. Dari hati ke hati korang selesai masalah korang.
Korang tak payah la nafi yang korang tak ada masalah. Sejak dari isu jawatan Menteri Besar lagi kan. Rakyat dah bagi mandat, korang pulak besar kepala. Jangan sampai rakyat kuburkan politik kalian pada pru ke 14.
Kalau korang nak tengok balik isu percakaran Azmin – Khalid korang tengok sini
Dan sini
Dan sini
Benda-benda macam ni la yang aku sangat benci .. sama je perangai macam parti kangkung tu!
{baca lagi klik butang papar ... }
5 artikel pilihan pembaca hari ini
Kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa pihak pengurusan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang memutuskan tempoh jawatan Mohamad Azmin Ali (gambar) ditamatkan disanggah oleh anak syarikat kerajaan negeri Selangor itu.
Dalam kenyataan dua perenggan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Kerja PKNS, Hajjah Norita Mohd Sidek memaklumkan, surat mereka kepada Azmin bertarikh 8 Januari 2014 adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor pada 13 November 2013 dan disahkan oleh MMKN pada 4 Disember 2013.
Menurut kenyataan PKNS yang diterima The Malaysian Insider, Hajjah Norita berkata, "PKNS juga ingin memaklumkan bahawa kuasa melantik Ahli Perbadanan adalah di tangan MMKN dan bukannya Pengurus Besar selaras dengan klausa 4(1) enakmen penubuhan PKNS."
Ia bertentangan sekali dengan kenyataan dibuat Khalid semalam yang memaklumkan pihak pengurusan PKNS yang menamatkan Azmin sebagai ahli lembaga pengarah PKNS.
Dalam kenyataannya selepas mesyuarat exco semalam, Khalid berkata, keputusan dibuat oleh Pengurus Besar PKNS dan diluluskan oleh exco.
"Keputusan diluluskan exco. Exco bukannya satu parti tetapi sekumpulan. Keputusan tidak sambung Azmin dibuat oleh Pengurus Besar PKNS. Ia bukan keputusan parti. Exco tidak buat keputusan itu," kata Abdul Khalid ketika sidang media selepas mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) semalam.
"Dalam minit mesyuarat exco tiada siapa yang disingkir. Surat sudah diberi kepada Azmin dan beliau terima. Exco terima keputusan mereka," katanya dan menambah keputusan itu telah dibuat pada 4 Disember 2013 lalu.
Abdul Khalid, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang turut memberi jaminan akan mendedahkan minit mesyuarat serta surat Othman dalam masa dua minggu lagi.
"Kami akan keluarkan surat dan minit mesyuarat exco pada 4 Disember dalam dua minggu lagi. Saya sedang lihat Akta Rahsia Rasmi," katanya lagi.
PKNS adalah konglomerat milik kerajaan Selangor yang merupakan syarikat hartanah dan pelabur utama dalam perniagaan di Selangor.
Azmin sebelum ini telah mengesahkan tidak disambung lagi sebagai ahli Lembaga Pengarah PKNS.
Azmin dan Abdul Khalid sememangnya diketahui berbeza pandangan dalam banyak perkara.
Malah pelantikan Abdul Khalid sebagai menteri besar bagi penggal kedua sememangnya tidak disenangi PKR Selangor yang dipimpin oleh Azmin. – 16 Januari, 2014.
So sekarang sapa yang temberang? Khalid lu kasi jawab sikit. Azmin .. lu tutup mulut dulu ok!
0 respon:
Catat Ulasan