Rabu, 8 Januari 2014

Penolong pengurus bank dirogol, diliwat dan dirompak oleh seorang OKU

Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) dihukum penjara 15 tahun dan sebatan enam kali oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas
mengaku bersalah merogol, melakukan seks luar tabii dan merompak seorang penolong pengurus bank di dalam tandas, tahun lalu.

Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Azhan Mohamad Johan, 28, yang bekerja sebagai tukang cuci selepas lelaki itu
hari ini menukar pengakuan kepada bersalah bagi ketiga-tiga pertuduhan itu.

Pertuduhan terhadap tertuduh yang pekak dan bisu itu dibacakan dengan bantuan jurubahasa isyarat dari Mahkamah Persekutuan, Tan Lee Bee.


{baca lagi klik butang papar ... }





Ketiga-tiga pertuduhan itu dilakukan oleh Mohamad Azhan terhadap mangsa yang berusia 38 tahun di dalam tandas tempat kerja wanita tersebut di Jalan Tun
Perak di sini antara pukul 7 pagi dan 7.15 pagi, 12 September lalu.

Bagi tuduhan rogol, dia didakwa di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan manakala tuduhan seks luar tabii mengikut Seksyen 377C kanun sama yang membawa hukuman
penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Dia dihukum penjara 15 tahun dan sebatan tiga kali bagi kesalahan rogol manakala bagi kesalahan melakukan seks luar tabii, dipenjara 13 tahun dan sebatan
tiga kali.

Tertuduh juga dipenjara tujuh tahun bagi kesalahan merompak wang mangsa RM100 mengikut Seksyen 392 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum
14 tahun, denda dan sebat.

Kesemua hukuman diperintah berjalan serentak bermula tarikh lelaki itu ditangkap pada 12 September tahun lalu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nadiah Malek Fauzie memohon hukuman berat dikenakan terhadap tertuduh atas alasan elemen kekerasan yang digunakan tertuduh
terhadap mangsa dan faktor kepentingan awam.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bela memohon hukuman ringan kerana perlu menanggung isteri dan dua anak yang berumur tujuh dan sembilan tahun serta
berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu.

Mangsa yang turut hadir dalam prosiding hari ini untuk memberi kenyataan impak kesalahan terhadap mangsa (VIS) menyatakan, dia berasa sangat tertekan dan
hampir mahu membunuh diri kerana mereka yang bekerja di tempat kerjanya mengetahui insiden itu.

''Saya tidak boleh berjalan di luar seperti biasa lagi. Saya perlu melalui rawatan fizikal dan psikologi kerana perbuatan tertuduh.

''Saya tidak boleh tidur dan apabila bersendirian akan mengingati apa yang dia lakukan sehingga perlu mengambil pil tidur serta bercuti selama tiga bulan,''
ujar mangsa.

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: