KAJANG: Seorang ibu tiri sanggup mendera anak perempuannya dengan memasukkan cili yang ditumbuk lumat sebelum memasukkan ke dalam kemaluan dan mulut mangsa
dalam kejadian di Tasik Kesuma, Beranang pagi Sabtu lalu.
Dalam kejadian jam 10 pagi itu, perbuatan kejam ibu tiri terbabit turut disaksikan dua beradik serta nenek mangsa yang sudah uzur namun mereka tidak mampu
berbuat apa-apa.
Difahamkan ketika kejadian bapa mangsa tiada di rumah kerana urusan kerja.
{baca lagi klik butang papar ... }
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, hasil pemeriksaan mendapati ibu tiri mangsa pernah mendera mangsa sejak setahun
lalu dengan menekap sudu panas ke badan mangsa sehingga meninggalkan kesan parut.
"Tidak tahan dengan perbuatan ibu tirinya itu, mangsa kemudian nekad pergi ke rumah ibu saudara yang tinggal di kawasan berhampiran dan menceritakan kejadian
yang dialami sebelum bertindak membuat laporan polis sebelum suspek ditahan jam 4 petang pada hari yang sama," katanya pada sidang media di sini.
Beliau berkata, suspek berusia 31 tahun itu ditahan reman selama tiga hari bermula hari tangkapan dan dilanjutkan sehingga Khamis ini.
0 respon:
Catat Ulasan