Ahad, 12 Januari 2014

'Menteri Ayam' Mengelupur Masuk Perangkap Blogger Pro UMNO

Umpan fitnah yang dipasang oleh blogger-blogger UMNO untuk menunjukkan betapa tidak cekapnya dan tidak bergunanya Menteri KPDNKK, Hasan Malek telahpun dimakannya.

Hasan Malek telah terperangkap dalam permainan tersebut tanpa disedarinya.

Hari ini, Hasan Malek serta beberapa Pergerakan Pemuda Bahagian Negeri Sembilan membuat laporan polis berhubung fitnah yang menyatakan Hasan Malek akan
meletakkan jawatan sebagai Menteri KPDNKK selewat-lewatnya Isnin ini.
{baca lagi klik butang papar ... }




Hasan Malek menempati kedudukan teratas sebagai MENTERI PALING BODOH dan MENTERI PALING LAWAK dalam hierarki Kabinet negara. Beberapa kenyataan yang dikeluarkan
oleh Hasan Malek, tidak sahaja menyinggung perasaan rakyat Malaysia, bahkan menyebabkan sebahagian besar rakyat Malaysia melihat Hasan Malek sebagai liabiliti yang perlu dinyahkan segera daripada pentadbiran negara kerana cubaan membodoh-bodohkan rakyat.

Masalah kenaikan harga telah diutarakan oleh rakyat marhan dan blogger-blogger dan penggiat media sosial pro-Pakatan. Manakala blogger pro UMNO hanya menyundal tatkala mereka mula rasa terbeban dengan dasar Najib. Namun Menteri ini hanya memekakkan telinga, sebaliknya turut mengeluarkan kenyataan yang benar-benar menggambarkan ketidakpeduliannya tentang masalah rakyat. Salahkan pengundi UMNO yang bengap dulu, kini dan selamanya.

Hasan Malek pernah berkata ketika isu kenaikan harga ayam yang melampau, "Jangan makan ayam", menyebabkan dia mendapat gelaran kekal MENTERI AYAM oleh rakyat Malaysia. Tiada sebarang langkah-langkah kekangan dan halangan dibuat oleh KPDNKK untuk memastikan para pemborong tidak menaikkan harga, sebaliknya
nasihat yang diberikan oleh Hasan Malek kepada rakyat Malaysia ialah, 'JANGAN MAKAN AYAM' menerusi teori ekonomi dangkalnya.

Sama je, jangan makan gula, jangan lalu sini kalau tak nak tol. UMNO dan para macai memang suka bagi alasan low class.

Banyak rungutan dan hujah yang dilakukan oleh jentera Pakatan Rakyat termasuklah kenaikan harga RON95, kenaikan harga beras dan sebagainya. Namun KPDNKK dan Hasan Malek tidak memberikan reaksi balas termasuklah tidak pula membuat laporan polis atau meminta untuk pihak berkuasa menyiasat kes berkenaan.

Bagaimanapun, apabila ada berita kononnya dia akan meletak jawatan, Hasan Malek dan para penyokongnya tidak mengambil masa yang lama untuk membuat laporan polis ke atas blogger pro UMNO bagi tujuan membersihkan namanya.


Sebenarnya fitnah letak jawatan bukan dari blogger pakatan tapi dari blogger UMNO sendiri.

Justeru ditimbulkan persoalan ialah mengapa dalam hal yang membabitkan kebajikan rakyat, Hasan Malek, KPDNKK dan para penyokongnya terlalu lambat bertindak tetapi apabila membabitkan kepentingan diri, reaksi yang diberikan ialah hampir serta-merta.

Tidak cukup dengan penafian peribadi, digunakan pula Kementerian.
Tidak cukup dengan penafian, dibuat pula laporan polis.

Adakah ini bermakna Hasan Malek lebih mementingkan temboloknya sendiri berbanding rakyat?

*dipetik dan ubahsuai dari blog UMNO

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: