Isnin, 30 Disember 2013

Kos sara hidup: Pemikiran pemimpin PAS ni lebih 'gred A' dari PEMANDU, Najib dan profesor kangkung!!

Keputusan kerajaan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan tidak menguntungkan sesiapa, kata Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurutnya, pusingan ekonomi menjunam yang sangat dahsyat bakal berlaku bermula daripada kenaikan harga sehingga kadar pengangguran kian tinggi yang menyebabkan jumlah pendapatan kerajaan akan terus berkurang.

"Kerajaan menaikkan harga asas seperti minyak, tarif elektrik, tambang pengangkutan awam dan tahun depan kemungkinan besar, tol.
{baca lagi klik butang papar ... }



"...pekerja mengharapkan majikan memberikan kenaikan gaji untuk tampung kos hidup. Majikan terpaksa tingkatkan harga jualan mahupun servis.

"...pelanggan berkurang, untung kurang... Majikan tak lagi mampu tampung kerugian maka di situ bermula pengangguran," katanya yang dipetik dari laman sosial Facebooknya.

Mengulas lanjut, beliau mengaitkan pengangguran itu dengan pendapatan kerajaan yang akan terus berkurangan sehingga menyebabkan kerajaan terpaksa meminjam, menjual aset atau menghabiskan duit rizab negara bagi menampung ekonomi.

"Tiada siapa yang untung daripada keputusan kerajaan menaikkan harga minyak, tarif elektrik, kos pengangkutan awam dan tol.

"Apabila jumlah pendapatan kerajaan berkurang, apakah kerajaan sekali lagi akan meningkatkan harga barangan asas atau mengurangkan kos dan perbelanjaan untuk meningkatkan pendapatan?.

"Akibat rakyat marah, mungkin kerajaan akan mula cuba kurangkan kos dan perbelanjaan semua kementerian sebelum membuat keputusan menaikkan harga barangan asas," katanya.

Beliau mempertikaikan soal tindakan kerajaan yang tidak mengambil langkanh mengurangkan kos dahulu sebelum menaikkan harga barangan asas.




sumber sini




# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: