Selasa, 31 Disember 2013

DBKL cekau cukai pintu untuk bazirkan RM15 juta malam ini?

Tinggalkan seketika Himpunan TURUN yang dijadualkan akan berlangsung malam ini di Dataran Merdeka. Tinggalkan seketika maklumat-maklumat 'serba menganehkan' yang dikeluarkan oleh pelbagai pihak berkepentingan. Dan lupakan sejenak tentang kenaikan harga di Kuala Lumpur seperti kita melupakan kenaikan kos di Selangor dan Pulau Pinang.

Semalam, Perdana Menteri mengumumkan langkah penjimatan iaitu pemotongan elaun keraian melibatkan Menteri, Timbalan Menteri dan JUSA C selain 10 langkah penjimatan lain. Walau bagaimanapun, pengumuman Perdana Menteri itu dilihat sudah terlambat dan sekadar ingin mengambil hati 'NOISY MAJORITY' berbanding 'SILENT MAJORITY' yang telah memberi kemenangan kepada Barisan Nasional pada PRU14 lalu.

Dan pada masa yang sama, 'NOISY MAJORITY' tetap tidak mengendurkan hasrat mereka untuk menumbangkan kerajaan kerana mereka dibekalkan dengan kepercayaan, undi popular sebanyak 53% jauh lebih besar berbanding 133 Kerusi Parlimen.
{baca lagi klik butang papar ... }




11 langkah penjimatan yang diumumkan oleh Perdana Menteri itu sebenarnya tidak selari dengan tindakan DBKL untuk terus mengadakan Sambutan Ambang 2014 di Dataran Merdeka tengah malam nanti. DBKL telah memperuntukkan sebanyak RM15 juta untuk tujuan tersebut.

Biarpun terdapat ramai yang berhujah menyatakan, Malaysia khususnya DBKL tidak harus terperangkap dengan amalan menyambut Tahun Baru Gregorian, nampaknya segala pendapat, desakan dan hujah tidak dipedulikan.

Berbekalkan alasan 'ayam' iaitu PELANCONGAN, sambutan tersebut dihalalkan oleh DBKL. Sekali lagi rakyat akan terpelongo melihat pembaziran jutaan ringgit pembayar cukai hanya untuk keseronokan beberapa minit yang dilakukan oleh pentadbiran dan pengurusan DBKL.

DBKL boleh sahaja menyatakan bahawa sambutan tersebut sebenarnya ditaja oleh syarikat-syarikat swasta dan DBKL hanya menguruskan dan menyediakan tapak. Namun berapa ramai yang akan percaya dengan alasan SYARIKAT SWASTA memandangkan saban tahun, itulah juga alasan yang diberikan dan syarikat-syarikat swasta yang menajanya sekadar jadi tok dalang, bagaikan pelobi-pelobi Yahudi dalam politik Amerika Syarikat?

Seharusnya dalam keadaan rakyat tengah bengang dengan kenaikan yang diumumkan, ditambah pula dengan hasutan dan tohmahan Pakatan Rakyat, DBKL dan pihak berkuasa seharusnya lebih berhati-hati dan berhemah untuk menguruskan dana awam. Kalaupun ada kepentingan kewangan di dalam pengurusan Sambutan Ambang 2014, mengapa tidak dilakukan secara lebih halus dan tertib, bukannya secara menjarah dan terang-terang nampak kebulur serta serakah?

Malam nanti, Dataran Merdeka akan penuh dengan orang ramai. Sebahagiannya sekadar ingin merasai nikmat menyambut Tahun Baru yang entah di mana seronoknya. Sebahagiannya pula bertujuan untuk berdemonstrasi. Namun yang pasti, mereka akan berada di atas padang, sama-sama melongo mendongak ke pentas dan skrin besar di penjuru padang sebelum kemudiannya berdemonstrasi mengganggu lalu lintas.

Sambutan tahun baru tidak perlu. Bahkan sambutan tahun baru tidak perlu diIslamkan seperti saranan sesetengah pihak. Ada perkara yang lebih penting daripada menyambut tahun baru. Pembaziran RM15 juta yang dilakukan oleh DBKL membabitkan wang pembayar cukai, pastinya ibarat menyimbah minyak ke dalam api.

Satu persoalan, mengapa agaknya pegawai-pegawai berkenaan susah benar hendak mendengar keluh kesah berbanding menggunakan kepentingan sendiri dan berselindung di sebalik pelbagai alasan dan kemudian menyalahkan pihak lain bagi keputusan yang mereka sendiri lakukan?

PBO: ini tulisan blog pro UMNO. Aku jawab, ni sama je spesen dengan yahudi, suka tindas rakyat!
:: sini




# sila like "kami undi pakatan rakyat"






RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

mohd.azrul berkata...

Umno bn.memang.zalim.kpd.rakyat.