Khamis, 10 Oktober 2013

Ibu terkejut anak muat muat turun gambar lucah

Saya amat terkejut, apabila mendapati anak saya berusia 13 tahun memuat turun beberapa gambar yang di klasifikasi 18 SX. Sehingga kini, saya belum bertanya hal ini kepada anak. Sebagai ibu bapa, apakah tindakan sewajarnya harus saya lakukan bagi menangani masalah ini.

Siti Sumaiyah Basir Damansara, Kuala Lumpur

Anak pada peringkat awal remaja sekitar usia 10 hingga 14 tahun berada dalam dunia yang berkembang secara pantas. Sama seperti bayi bawah usia dua tahun yang berkembang begitu pesat dan ketara dari segi fizikal, kognitif dan sosio-emosi. Memahami perkembangan remaja berdasarkan fasa usia 10-13 tahun (awal remaja), 14-16 tahun (pertengahan remaja) dan 17-21tahun (akhir remaja) adalah suatu perkara yang kritikal untuk diterokai oleh ibu bapa atau pendidik kerana setiap rentak perkembangan akan menunjukkan kesan terhadap tingkah laku mereka.


baca lagi ..




Perkara yang paling ketara berlaku dalam tempoh tiga tahun pertama apabila seorang kanak-kanak memasuki alam remaja ialah perkembangan fizikal. Bagi remaja perempuan, payudara semakin membesar, mula tumbuh bulu ketiak dan bulu ari diikuti dengan kedatangan haid. Remaja lelaki pula, suara mereka menjadi semakin garau, tumbuh bulu ketiak dan bulu ari di samping tanda lain yang menunjukkan kematangan dari segi seksual. Kematangan pertumbuhan fizikal yang berlaku dalam tempoh yang agak singkat ini (2-3 tahun) tidak cukup untuk membentuk perkembangan intelek mereka menjadi matang dan berkembang seiring dengannya.

Melihat kepada perubahan fizikal yang berlaku kepada remaja juga, kebiasaan mereka mula dilayan dengan cara yang berbeza oleh ibu bapa. Ada sesetengah ibu bapa yang bersikap ‘overprotective’ dan tidak kurang juga yang memberikan kebebasan sepenuhnya kepada anak atas dasar ‘mereka sudah besar dan tahu jaga diri’.

Remaja perempuan sering dilihat sebagai individu yang perlu dilindungi kerana ‘kegadisan’ mereka, remaja lelaki seakan kurang diberi makluman mengenai perubahan fizikal mereka, jauh sekali untuk dididik usia baligh, mimpi dan air mani kerana dibimbangi topik itu agak kontroversi dan tidak wajar untuk dibincangkan.

Hormati pandangan

Pengaruh rakan sebaya adalah cabaran utama perkembangan sosio-emosi mereka. Cara rakan mereka berpakaian dan berkelakuan akan ditiru dalam usaha mengenali dan mencari identiti diri. Mereka mula merasa seronok membuat keputusan sendiri terutama apabila kurang mendapat perhatian ibu bapa. Hal ini selari dengan pengalaman mereka yang cetek dan masih belum dapat memikirkan kesan dan akibat daripada sesuatu tindakan.

Ibu bapa wajar memainkan peranan penting sebagai ‘rakan karib’ kepada anak dan boleh memberikan kesan efektif mengenai bagaimana anak remaja perlu menangani hal yang berkait dengan hubungan sosial, keinginan diri dan persahabatan. Jika ibu bapa bijak membina hubungan yang baik dengan rakan anak remaja mereka, pembentukan sikap, sahsiah dan disiplin mereka lebih mudah dipupuk.

Dalam menangani perilaku tidak bermoral yang dilakukan anak, faktor yang membawanya ke jalan itu perlu diteliti dan dianalisa terlebih dulu secara berhemah supaya rawatan kepada masalah dimulakan dari akar umbinya dan penyelesaian kepada masalah itu berlaku dengan sempurna.

Belajar menghormati pandangan orang lain di samping memberi peluang kepadanya mengasah minda berfikir mengenai perkara abstrak yang boleh memberi kesan buruk kepada kehidupan manusia.

Bersama Pakar @ Berita Harian

sumber sini


# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: