Jumaat, 10 Mei 2013

Terhad: Rakaman video sidang media Azmin Ali - nafi kemaruk jawatan MB

kemaskini oleh:
pen buruk online ™ : sidang media Azmin Ali nafi mahu jadi MB Selangor



Azmin Nafi Keluar Parti


klik papar untuk butiran lanjut:-



PETALING JAYA, 10 MEI: Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menegaskan beliau tidak kemaruk untuk menjadi Menteri Besar Selangor meskipun pelbagai tomahan dibuat sebelum ini.

Penegasan ini dibuat dihadapan penyokong PKR dan petugas media pada satu sidang media di Ibu Pejabat PKR.

“Saya dan rakan-rakan tidak mahu amalan nepotisme berada di dalam parti.

“Parti ini milik rakyat, bila menyimpang dari prinsip, maka akan ditinggalkan rakyat,” katanya pada sidang media.

Azmin juga maklum pihaknya tidak bermasalah siapa sahaja boleh dilantik menjadi Menteri Besar Selangor asalnya ia dibuat secara muafakat.

bidas Anwar kerana tidak rujuk negeri



PETALING JAYA, 10 Mei — Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menafikan mempunyai hasrat untuk menjadi menteri besar Selangor, sebaliknya membidas proses perlantikan jawatan tersebut tanpa merujuk kepimpinan negeri terlebih dahulu.

Azmin berkata keputusan yang dibuat oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak dibuat secara konsensus, malah kepimpinan negeri sendiri tidak mengetahui tentang nama yang dicadangkan kepada Sultan Selangor yang dihantar semalam.

“Kepimpinan negeri Pakatan Rakyat Selangor yang terdiri daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen (MP) sendiri tidak tahu nama yang dihantar kepada baginda Sultan,” kata Azmin dalam sidang media di ibu pejabat PKR di sini.




“Isu di sini ialah keputusan yang dibuat oleh presiden parti tidak mengikut proses yang sepatutnya menerusi konsesus daripada semua ADUN dan MP di Selangor.”

Surat perlantikan tersebut yang dihantar kepada Sultan Selangor dikatakan telah ditandatangani oleh Dr Wan Azizah.

Azmin juga menafikan khabar angin mengatakan beliau kemaruk kuasa untuk menjawat jawatan tersebut, sebaliknya berkata jika beliau mempunyai cita-cita tersebut sudah pasti telah menerima tawaran pada 2008 daripada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menggantikan Tan Sri Abdul Khalid.

“Kalau betul lah saya kemaruk kuasa, sejak 2008 lagi saya sudah jadi menteri besar,” terang Azmin lagi. “Selepas pilihan raya kecil di Permatang Pauh pada 2008, Datuk Seri Anwar berkata kepada saya supaya bersiap-sedia untuk menjadi MB tetapi saya tolak demi keharmonian parti.”

Azmin kata dua hari lepas, pada mesyuarat tergempar kepimpinan negeri, mereka telah hantar surat semalam kepada presiden. Tetapi beliau enggan mendedahkan nama yang dicadangkan dalam mesyuarat tergempar itu.

Pertikaian tentang siapa yang mengisi jawatan penting di negeri terkaya tersebut bukan suatu isu, tegas Azmin yang pada masa sama membidas proses tersebut tidak telus dan mencemarkan imej parti reformasi.

“Saya ingin ingin tegaskan, isunya bukan Azmin dipilih sebagai MB. Saya dan rakan-rakan tidak mahu amalan nepotisma dalam Keadilan kerana ia adalah sebuah parti reformasi,” tambahnya. “Keadilan bukan milik individu atau keluarga, tapi milik rakyat.”

Kemelut jawatan menteri besar Selangor sehingga kini masih belum selesai, walaubagaimanapun dua parti komponen Pakatan Rakyat (PR) telah menyatakan secara terbuka menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk dilantik semula untuk penggal kedua kali ini.

“PAS dan DAP mahu Tan Sri Khalid jadi MB, itu hak dan pandangan mereka. Tapi ia mestilah menerusi proses yang telus,” kata Azmin mengulas tentang kenyataan kedua-dua rakan komponen PR tersebut.

Selepas PRU13, PR berjaya berjaya membentuk kerajaan apabila menang selesa di Selangor memenangi 44 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor manakala BN hanya memenangi 12 kerusi DUN.

Daripada 44 kerusi tersebut, PAS dan DAP masing-masing berjaya menang sebanyak 15 kerusi, sementara PKR 14 kerusi.

Khabar angin mula bertiup kencang sejak berita mengaitkan Azmin Ali dalam perebutan jawatan Menteri Besar Selangor. lihat sini

akan menyusul lebih panas!

# sila like "kami undi pakatan rakyat"






RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

5 respon:

Tanpa Nama berkata...

tak perlu cerita dalam buah ada sikit titik hitam kat orang ramai buanglah sendiri yang lain masih boleh dimakan lagi memang dengar sedap tapi sempat juga cucuk racun .awas.

Syg PR berkata...

Sblm p/raya sume adlh pejuang,bila lps p/raya wujud pula petualang,apakh ini sikp umt islam ,nasib baik ada cina n lain2 bngsa kt negara kita,ada jg prsaan malu kita org islam,kalau tdk kut2 jd cm negara islam lain,brperang sesma islam krana berebut hrta kmenngan,cina secara terang2 mnykong kita parti islam,tp mngpa kita tiada kprcyaan pd mereka,terima kasih TGNA,jasanya pd agama islam bgitu bsr,apkh kita sume tiada perasaan syukur pdALLAH atas anugerahnya,fikirknlh....

Tanpa Nama berkata...

setiap butir percakapan menggambarkan dalaman diri kita, kita pertikai orang lain kerana sikap dengki kita. sahabat baik kadang kala menjadi musuh paling kejam. Inilah hikmah di sebalik kekalahan PR dalam PRU 13.

GreenClubPasirPekan berkata...

Kah kah kah!
apa dah jadi! setelah Husam buat perangai di Kelantan, Azmi pula mula berak busuk di Selangor.
Bukankah sudah nyata dan terang, pemilihan khalid dipersetujui oleh PAS dan DAP. Jelas sekali nama Khalid disebut sebagai MB oleh kedua kerabat PR. Ertinya, PAS dan DAP setuju PKR memimpin PR di Selangor dengan satu syarat iaitu Khalid jadi MB.
Persoalan calun lain selain daripada Khalid tidak timbul, bahkan tenggelam dengan sendiri. Usaha untuk mencalunkan Azmi atau Azmi sendiri ingin kepada jawatan tersebut adalah sesuatu yang memalukan.
Seperti di Kelantan, usaha untuk menunjulkan diri sebagai calun terbaik , dimana orang lain mesti memilihnya merupakan keaiban yang terhina diabad ini. Bahkan mendedahkan apa yang tersemat didada atau niat yang bersarang didalam hati.
Hujah Azmi di Selangor sama sahaja dengan hujah Husam di Kelantan. Kedua-dua mereka mendakwa pemilihan jawatan yang mereka diingini telah dirampas dan tidak dibuat secara jemaah. Bahkan menyidir pimpinan bersifat nepotisma.
Jika Husam angkat senjata melalui penyokongnya menolak keputusan parti, Azmi pula secara berani bangkit menentang pimpinan secara berdepan. Nampaknya sejarah lama berulang, "kekecewaan diserlahkan taik busuk terlempar dimuka sendiri".

Tanpa Nama berkata...

partai kencing kawan bawa banyak bertubat