Selasa, 28 Mei 2013

SPR boleh terima cadangan ini?

SPR baru saja mengumumkan akan membuat kajian kepada kelemahan undang undang pendaftaran pengundi sebagai repond kepada desakan rakyat. Baru sekarang SPR mengakui adanya kelemahan yang ada dalam sistem pendaftaran pengundi.

SPR ditubuhkan sebagai badan bebas yang tidak terikat kepada mana mana parti yang bertanding dalam pilihanraya, sehubungan itu SPR mesti kembali kepada tujuan penubuhannya.

Lantaran itu, penulis sebagai warga negara yang bertanggungjawab kepada negara ingin mencadangkan beberapa perkara penting demi memastikan daftar pengundi tidak dimanupulasi oleh mana mana pihak atau dengan kata kata lain ianya bersih dan jujur, cadangan itu adalah seperti berikut :

Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR yang ada sekarang mesti meletakkan jawatan serta merta bagi memberi laluan kepada orang baru yang benar benar berkecuali dan mempunyai rasa sayang kepada negara yang tinggi.

Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR sudah dibuktikan sebagai ahli UMNO dan bertanggungjawab kepada semua kelemahan yang berlaku sepanjang PRU 13.

Kaedah menggunakan mykad yang dikeluarkan oleh JPN mesti dihapuskan dengan segara dan sebagai gantinya pendaftaran hendaklah dibuat berdasarkan surat atau sijil beranak atau sijil kerakyatan yang mencukupi syarat untuk menjadi warga negara yang sah yang dikeluarkan oleh JPN.

banyak kelemahan yang timbul kerana kaedah penggunaan mykad kerana banyak kes pengeluaran mykad yang diragui seperti sudah dibuktikan oleh RCI Sabah.

Terdapat juga kes di mana pemilik status penduduk tetap yang sudah mencukupi syarat tinggal dalam negara masih belum mendapat taraf warga negara sedangkan ramai juga pemilik status penduduk tetap yang tidak cukup syarat untuk menjadi warga negara sudah diberi mykad warganegara dengan syarat mereka mengundi BN dalam pilihanraya.

Inilah peraturan yang dicerobohi dan banyak menimbulkan banyak keluhan di kalangan rakyat.SPR seharusnya alert dan tegas dalam mendaftarkan pengundi baru, bukan pakai hentam saja labu.

Penyelesaiannya gunakan sijil beranak dan sijil kerakyatan yang sah.

Kawalan kepada sijil beranak dan sijil kerakyatan lebih terperinci berbanding mykad yang boleh dikeluarkan dalam tempoh kurang satu jam.

Pendaftaran menerusi parti parti politik mesti dihentikan segera.

Parti parti politik tidak harus dibenarkan mempengaruhi pengundi sebaliknya saluran yang lebih memudahkan rakyat mendaftar mesti difikirkan seperti menubuhkan skuad mendaftar pengundi yang terdiri dari kakitangan SPR yang berkecuali dan menyediakan jadual pendaftaran yang memudahkan rakyat mendaftar.

Proses pendaftaran mestilah ringkas dan cepat.Ada kes di mana pengundi baru yang mendaftar tetapi tidak dapat mengundi kerana namanya tidak tersenarai sebagai pengundi walaupun sudah mendaftar lebih dua bulan sebelum pilihanraya.

Tempoh bantahan pula tidak harus dihadkan.Bantahan boleh dibuat bila bila masa apabila mana mana individu warga negara yang sah merasakan ada yang tidak kena dalam daftar pengundi.

Senarai pengundi yang sudah meninggal sepatutnya dipadamkan segera dari daftar, perkara ini boleh dilakukan dengan mempunyai sistem online dengan JPN.

Demikianlah sedikit cadangan kepada SPR sesuai dengan usaha mereka untuk mengkaji kelemahan sistem pendaftaran pengundi.

Selain itu satu cadangan lain yang tidak kurang penting ialah mengadakan peraturan yang standard kepada peraturan penamaan calon dan hari mengundi seperti penempatan PACA parti parti yang bertanding yang tidak perlu diubah setiap kali PRU.

Tapi yang paling penting Pengerusi dan Timbalan pengerusi yang bertindak sebagai jurucakap BN sepanjang PRU 13 mesti meletakkan jawatan.


# sila like "kami undi pakatan rakyat"







RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Kalau tahu salah, lemah, buat PRU semulalah wei... tu saje cara.Jgn dok dalih nak kaji balik tu ini.. byklah ko py songhe