pen buruk online ™ : kenapa kita bantah keputusan PRU 13
Sudah seminggu PRU 13. Keputusannya sudah diumumkan. BN menang dari segi kerusi(tipu?) dan Pakatan Rakyat menang dari segi undi popular rakyat.
Kini, Anwar Ibrahim dan PR giat mengadakan perhimpunan bantahan tentang keputusan PRU 13.
Nanum, ada yang membantah. Antaranya Azmin dan Ustaz Harun Taib. Alasannya, letih, redha dan fikir tentang agenda.
Barangkali bagi Azmin agenda MBnya manakala Ustaz Harun Taib,anaknya di DUN Manir dah menang.Jadi kena duduk diam-diam.
Sebenarnya, bagi kita membantah keputusan PRU 13 bukan kerana Anwar tidak dapat jadi PM. Bukan itu maksud dan tujuan kita. Soal Anwar jadi PM adalah soal kedua.
Barangkali itulah kefahaman Ustaz Harun Taib dan Azmin. Mereka berdua memang tidak "ngam" dengan Anwar. Itu masalah mereka berdua!
Kita membantah keputusan PRU 13 adalah untuk anak cucu kita. Bukan kerana Anwar!
Sejak dulu lagi kita kena tipu dalam setiap PRU. Bahkan semasa Anwar dalam kerjaanpun, barangkali dia tahu tentang tipudaya BN untuk memenangi PRU.
Penipuan besar bermula PRU 11 2004. BN merampas Terengganu dengan penipuan secara terang-terangan. Pengundi Selangor diangkut pagi dan dihantar pulang waktu petang untuk mengundi di Selangor pula. Pusat Pengundian ditutup lewat untuk memberi masa pengundi Selangor balik semula.
Masa itu Anwar dalam penjara. Malam kekalahan itu ,TG Haji Hadi dengan muka terkejut dan marah menunjukkan bukti-bukti nyata tentang penipuan SPR. Kertas-kertas undi berteraburan dibuang dalam semak dan jalanraya.
Keputusan PRU 11 di Terengganu diketahui awal seawal jam 5 petang. Perancang utama ketika itu adalah Idris Jusoh dengan dibantu JPN dan SPR.
Ketika itu kemarahan rakyat sekadar "hangat-hangat tahi ayam". Tiada pimpinan samada PAS,PKR dan DAP yang memainkan peranan serius untuk mengetuai bantahan itu.
Semasa PRU 12 tahun 2008, ulangan episod penipuan tetap berulang.Tetapi kemenangan menawan Pulau Pinang,Kedah dan Selangor menjadi penawar hati seketika.
Tanpa menyedari, tumbangnya Selangor kerana pengundi tegar UMNO pergi ke Terengganu dan pengundi atas pagar mengundi PR.
Pulau Pinang pula kerana penolakkan majoriti pengundi Cina keatas GERAKAN dan MCA.
Kini selepas PRU 13, fenomena membantah kembali. Tetapi dengan suasana dan sebab yang berlainan. Antaranya :
a) Pengundi muda begitu marah melihat cara penipuan SPR. Tipu "atas darat". Lihatlah kenyataan bodoh dan lawak Pengerusi SPR dan Timbalannya. Jika pengundi Saluran 1 bolehlah mereka bersabar. Tetapi ini darah orang muda. Kena tipu hidup-hidup.
b) Oleh kerana BN menang sebab kerusi yang banyak tetapi kalah dari segi undi popular, tentunya bantahan itu berbentuk bantahan rakyat. Bukan sekadar bantahan ahli parti sahaja. Buktinya himpunan di Kelana Jaya , Pulau Pinang dan Ipoh.
c) Bantahan bertambah panas kerana wujudnya sentimen rasis yang ditiupkan oleh UMNO. Tentunya rakyat tidak dapat menerima hakikat ini terutama kaum Cina.
Jadinya, bantahan selepas PRU 13 bukanlah berbentuk kepartian semata tetapi dalam bentuk bantahan rakyat yang tidak mahu ditipu dan benci dengan penipuan UMNO,SPR dan JPN.
Kesimpulannya, hari ini rakyat membantah bukan semata kerana Anwar tetapi demi masa depan anak- cucu mereka.
Yang ini, Azmin Ali dan Ustaz Harun Taib kena faham.
# sila like "kami undi pakatan rakyat"
- SILA BACA SYARAT & PENAFIAN KOMEN SEBELUM MEMBUAT ULASAN
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
4 respon:
Bhai PBO...
Marah nanti geng UG sama lu... hahaha
No for UG...!!
Tak paham atau saje buat tak paham,...sepatutnyer pemimpin PR kena faham inspirasi rakyat bukan buat statement ikut sedap mulut dia jerrr,...quit jerr kalau wase dok sehaluan dgn rakyat gok
Dua2 ekor tu duduk diam-diam boleh tak. Kalau letih pergi la makan angin berehat. Kalau dengki...cakap la dengki. Kau orang tu masih ahli PAKATAN. Jadi, kalau tak mau joint, tutup mulut. Jangan buat kerja bangang, hentam orang yang nak berhimpun. Kalau rasa diri tu dah tak suka pada PAKATAN, keluar aja la. Letak jawatan. Jangan bila pengundi PAKATAN dah baghi undi dan menang, maka, BERSERONOK pulak dgn kemenangan itu dan bantai pulak pemimpin PAKATAN yang lain.
Kalau muka tak malu dan masih BANGANG, buatlah kerja bodoh tu.
Catat Ulasan