rakan di dalam Pakatan Rakyat.
Meskipun bertanding paling banyak kerusi di peringkat Parlimen iaitu 99 kerusi, tapi PKR hanya menang 30 kerusi Parlimen. Kalah hampir 70 kerusi yang lain.
Kini PKR bukan lagi parti yang menguasai kerusi dalam barisan pembangkang di Dewan Rakyat. Ia perlu melukut di tepi gantang dan mendapat belas ihsan khususnya
DAP yang memenangi 38 kerusi Parlimen.
PAS meskipun hanya mempunyai 21 kerusi Parlimen di dalam Dewan Rakyat, tetapi PAS menguasai jumlah kerusi yang besar di peringkat Dewan Undangan Negeri
(DUN) dengan jumlah keseluruhan 85 kerusi DUN.
Begitu juga DAP yang mempunyai 95 kerusi DUN di seluruh negara. PKR pula jauh ketinggalan iaitu dengan hanya mempunyai 49 kerusi DUN.
Agak menghairankan apabila Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dianggap sebagai "pimpinan utama" Pakatan sebenarnya terpaksa bergantung kekuatannya
kepada PAS, bahkan kepada DAP.
Partinya sendiri menjadi parti yang lemah dalam gabungan Pakatan.
Apabila keputusan PRU mendapati BN berjaya mendapat mandat untuk menubuhkan kerajaan, Anwar segera membuat sidang media di sebuah hotel ternama di Kuala
Lumpur.
Apa yang berlaku malam itu, Anwar menayangkan sebuah video kononnya seorang pengundi hantu ditangkap.
Video berkenaan bukanlah unik dan hanya diambil daripada sebuah Facebook yang mana sudah ramai orang mengetahui keadaan itu lebih awal, termasuklah para
media.
Dalam keadaan yang kelihatan tergesa-gesa, Anwar bersama beberapa orangnya pun mengumumkan untuk mengadakan perhimpunan yang dinamakan "Blackout 505".
Dia perlu membuat perhimpunan itu segera dan secara bersiri untuk menutup kelemahannya yang gagal dalam misi menawan Putrajaya.
Anwar pun meletakkan seluruh kesalahan dan cuba untuk mengambing-hitamkan Suruhajaya Pilihan Raya (SPR).
Langkah untuk mengadakan siri perhimpunan "Blackout 505" itu tidak pula mendapat sokongan penuh daripada rakan-rakan pimpinan tertinggi PAS dan DAP.
Ramai yang mula menyedari bahawa siri perhimpunan itu hanya untuk menutup kelemahan Anwar dan Pakatan secara umumnya di mata rakyat jelata.
Ketika menyertai pilihan raya, Pakatan dan PKR khususnya dilihat terlalu yakin atau over confident.
Di mana-mana sahaja, Anwar menyanyikan lagu: "Tanya sama Najib, apa sebab goyang?"
Ini bertujuan mengejek BN yang didakwa akan kehilangan Sabah. Di saat-saat genting itulah, kesepakatan Pakatan rupa-rupanya rapuh apabila banyak tempat
berlaku pula pertembungan sesama sendiri.
Hal berkenaan sedikit sebanyak digunakan BN sebagai bahan kempen demi menjejaskan peluang Pakatan di mata para pengundi seluruh negara.
Mungkin kerana terlalu yakin dan gemar menyanyi lagu mengejek di ceramah-ceramah, maka Anwar terlupa untuk mengikat kesepakatan yang kuat di kalangan parti-parti
dalam Pakatan sendiri.
Kata-kata manis Anwar dan Timbalan Presiden, Azmin Ali yang kononnya pembahagian kerusi sesama Pakatan "sudah selesai" hanya kata-kata politik sahaja.
Begitu juga di mana sepanjang lebih setahun Anwar aktif berkempen ke seluruh negara sebelum pilihan raya, Presiden PAS, Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim
Kit Siang dilihat asyik goyang kaki dan tidak banyak membantu Anwar dan Pakatan.
DAP dan PAS hanya menunggu untuk menuai hasil daripada apa yang disemai oleh Anwar dan PKR.
Di kalangan pemimpin PKR dan aktivisnya, sikap DAP dan PAS yang suka memanipulasi mood rakyat yang diciptakan Anwar itu sudah lama terasa.
Bahkan pembahagian kerusi di peringkat DUN yang cuba dibolot PAS dan DAP di "kawasan pengundi Cina" juga menjadi rungutan ramai pemimpin PKR peringkat
bawah yang tak dipedulikan pimpinan tertinggi PKR.
Akibat terlalu yakin, mungkin dirasakan kalau diletakkan calon "selipar Jepun" sekalipun maka PKR boleh menang.
Di ketika PAS dan DAP cuba menangguk di air keruh dan memanipulasi keadaan, Anwar pula bukan terfokus untuk memperkukuh partinya sendiri.
Sejak pemilihan tiga tahun lalu, beliau nampaknya dalam diam-diam lebih berminat untuk menyiapkan sarana untuk anak perempuannya, Nurul Izzah Anwar agar
lebih kukuh dalam PKR.
Semua muka-muka baru yang dilantik adalah orang-orang yang boleh tunduk dan bekerjasama dengan Nurul Izzah.
Nama seperti Ketua Biro Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad sehingga naib presiden paling muda, N Surendran adalah orang-orang Nurul Izzah. Itu belum
termasuk Rafizi Ramli dan ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Cheng yang dilihat dapat "diikat" untuk berada bawah kem Nurul Izzah.
Semua mereka ini kini memegang jawatan penting di peringkat pusat. Begitu juga anak saudara Anwar sendiri, Chegubard yang akhirnya dapat menjadi calon
di DUN Sungai Acheh di Pulau Pinang dengan lari daripada kerusi asalnya di Rembau, Negeri Sembilan.
Tanpa pertandingan tiga penjuru di DUN Sungai Acheh sekalipun, Chegubard tetap kalah.
Mengatur buah politik secara senyap-senyap yang dilakukan ini sangat buruk kepada PKR sebagai sebuah "parti masa depan" seperti yang selalu dilaungkan
Anwar.
PKR seharusnya tak meniru parti-parti lain seperti Umno, MCA bahkan DAP yang sudah terikat dengan amalan nepotisme. Nampaknya hampir semua parti politik
di Malaysia kini dilanda penyakit politik anak-beranak.
Parti politik bukan milik individu. Umno bukan milik keluarga Najib Razak, Mahathir Mohamad mahupun Abdullah Badawi.
Begitu juga PAS bukan 'syarikat' milik Nik Abdul Aziz Nik Mat mahupun Hadi. DAP pula bukan milik keluarga Kit Siang atau Karpal Singh. Begitu jugalah PKR
bukan milik keluarga Anwar.
Kesempatan dan sumber dana yang diperoleh oleh PKR yang mengemudi kerajaan Selangor selama lima tahun lalu gagal digunakan sepenuhnya untuk membantu negeri-negeri
lain dalam usaha untuk menawan Putrajaya.
Ramai orang tahu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan setiausaha politiknya, Faekah Husin dilihat mempunyai hubungan rapat dengan presiden
PKR.
Tahun lalu Khalid menyediakan dana jutaan ringgit yang diberi nama "Geran Selangorku" yang mana dipengerusikan oleh Dr Wan Azizah Wan Ismail sendiri.
Sejak itu juga Anwar sudah tak mengungkit-ungkit lagi elaun seringgit yang diberikan kepadanya sebagai penasihat ekonomi kerajaan Selangor.
Apabila fokus kepada rakyat terpesong dan mula ada yang membuat kem anak-beranak di dalam parti, maka Allah juga mempunyai rancangannya sendiri. Siapakah
yang sebenarnya perlu dipersalahkan apabila Pakatan gagal ke Putrajaya?
Keputusan pilihan raya umum lalu tentu ada hikmah yang tersembunyi dan memikirkan apa yang tidak kena dengan barisan pimpinan tertinggi PKR yang ada sekarang.
*AZIZUL RAHIM seorang aktivis dan pengamat politik nasional.
PBO: padang tak rata!
# sila like "kami undi pakatan rakyat"
- SILA BACA SYARAT & PENAFIAN KOMEN SEBELUM MEMBUAT ULASAN
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
1 respon:
Tulis la apa pun..rakyat tak bodoh..berapa banyak fitnah,video tak terkira..tohmah.anwar tetap dimenangkan oleh rakyat...sudah lah..terima la hakikat..Allah bersama sama orang yang dizalimi..orang yang buta hati je yang dok berkomentar bagai..
Catat Ulasan