adalah satu perkara yang 'positif' kepada PR dan KEMENANGAN 'Barisan Nasional' adalah satu perkara yang 'negatif' kepada BN.
Mengapa beliau berkata sedemikian?
baca lagi ..
- PR menang 9 dari 11 kerusi Parlimen di Kuala Lumpur. Ini adalah kerusi Parlimen. Jika Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebuah negeri dan kerusi-kerusi
itu di peringkat DUN bererti PR memenangi Kuala Lumpur. Kemudian PR juga menang di kerusi-kerusi parlimen Seremban, Kota Melaka, Shah Alam, Ipoh timur (P64) dan Ipoh Barat (P65), Pulau Pinang, Alor Setar, Kuantan,
Kuala Terengganu, Kota Bharu, Kuching dan Kota Kinabalu. Kesemua 10 kerusi parlimen ini merupakan ibu negeri. Bererti 11 ibu negeri/pusat pentadbiran negeri (termasuk KL) di kuasai oleh Pakatan rakyat. Hanya
tinggal JB dan Kangar sahaja. Bahkan PR memenangi hampir semua kawasan-kawasan bandar. Ini adalah satu kelebihan pada PR. Meskipun 7 dari negeri-negeri
tersebut di menangi oleh BN yang membentuk kerajaan negeri.
'Perubahan' di kawasan bandar juga amat ketara daripada pengundi berbangsa Cina dan sebahagian India yang dilihat dapat membuat penilaian yang lebih baik
berbanding rakyat Malaysia berbangsa Melayu terutama yang tinggal di kawasan pedalaman. - PRU-13 adalah satu bentuk 'muhasabah' kepada semua pihak yang terlibat baik di dalam PR mahupun dalam gerakan anak muda dan mahasiswa. Saya melihat
kemunculan dua gerakan mahasiswa iaitu Gelombang Anak Muda Tolak Umno/Bn - TOLAK yang diterajui Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) serta Gerakan
Mahasiswa PRU13 - GM13 yang diterajui Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) perlu duduk berbincang untuk mewujudkan satu gabungan yang mantap dan kuat dalam
PRU-14 kelak.
'Perpecahan' ini dilihat sikit sebanyak menjejaskan kekuatan anak muda dan mahasiswa dalam semua aspek baik dari segi jumlah penglibatan, strategi dan
gelombang besar yang ingin disampaikan terutama apabila GM-13 mengumumkan untuk bertanding di Pekan pada awalnya. Ianya mempunyai banyak pro dan kontra
apabila ramai pihak tidak bersetuju dengan tindakan tersebut.
Satu muhasabah besar-besaran kepada 'Ahli Gerakan Jemaah Islam'.
- Manakala di peringkat kepimpinan atasan PR, pertindihan TUJUH KERUSI yang berlaku pada awal penamaan calon dilihat sedikit sebanyak membuktikan 'kegagalan'
pimpinan PR untuk bersatu dalam membuat keputusan. Dengan kebijaksaan beberapa pihak, akhirnya ianya dapat diselesaikan namun dilihat sedikit mengganggu
rentak gelombang rakyat yang ketika itu sedang berada di kemuncak. - Kemenangan BN juga dilihat satu bentuk 'ujian' dari Allah kerana seperti yang kita maklum, pelbagai janji ditawar kepada rakyat dalam bentuk material
yang seolah-olah satu tawaran 'berani mati' dalam keadaan negara sedang dibelenggu HUTANG YANG BEGITU BESAR ketika ini. Adakah 'kerajaan baru' mampu laksanakan
semua janji-janji itu? Sama-sama kita nantikan. - Kekalahan PR juga dilihat satu bentuk yang positif kerana menurut beberapa petugas SPR yang bertugas sepanjang perkiraan undi dilakukan, mereka mendedahkan
saluran 3 dan saluran 4 yang merupakan saluran pengundi muda menunjukkan jumlah peningkatan undi yang ketara kepada PR. Ini satu perkembangan yang baik
kepada PR dan satu kebimbangan besar kepada BN.
Kerana sudah pasti, remaja yang ketika ini berusia 17-21 tahun yang belum layak mengundi akan dapat menilai kebaikan dan keburukan dalam PRU-13 melalui
perkembangan di laman sosial dan media baru. Dan apabila usia mereka menginjak 'lebih dewasa' 4-5 tahun akan datang, sudah tentu jumlah undian kepada PR
di saluran 3 dan 4 akan bertambah. - Kelemahan ketara PR adalah menyampaikan maklumat di kawasan pedalaman. Kerana melihat kepada pola kemenangan BN yang banyak diraih di kawasan pedalaman,
ternyata BN banyak bergantung kepada 'TV dan radio' untuk bantu kemenangan mereka di kawasan pedalaman yang tidak mempunyai kemudahan asas internet untuk
akses maklumat bagi membuat suatu penilaian.
Sekian ..
- SILA BACA SYARAT & PENAFIAN KOMEN SEBELUM MEMBUAT ULASAN
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
7 respon:
Apa yg dijanjikan PR terbias kepada BN dan BN wajib tunaikan akujanji itu..tiada lagi dolak dalik...pastikan hak rakyat ditunaikan...mampukah Najib?Tunggu dan lihat...jika x dapat tunaikan kita jatuhkan BN sebelum PRU14
Pada pendapat saya , Peniouan yang dilakukan oleh BN sudah nampak jelas.BN juga akan menggunakan sumber apa jua yang di perolehi secara paksa atau secara kejam di dalam memenangkan mereka di kawsan panas. Malahan undi pos yang kononnya boleh memenangkan mereka mungkin diletakkan ditempat yang dikhuatiri kalah kepada PR.Sumber perisikan Tentera dan polis dan kerjasama SPR serta JPN yang menghalalkan kemenangan pada tempat tersebut. Pelbagai usaha dijalankan bagi menghalalkan kemengangan kepada BN dengan menggunakan Banglasia,Mynmarsia dan indonsia dengan adanya Kad Pengenalan maka mereka ada hak untuk mengundi dan itu telah dihalalkan oleh SPR serta penguatkuasaan tersebut diletakkan kepada PDRBMIM (singkatan kepada Polis Diraja Banglasia,Myammarsia,Indonsia , Malaysia).Dengan adanya agensi tersebut , rakyat Malaysia sejatai (Melayu India,cina dan Bumiputera yang lain) lihat dengan hati yang panas membara dan tidak boleh buat apa-apa sedangkan penjajahan alafbaru sedang berada dhadapan mereka.Maka dengan ini sebagai orang islam yang percaya ALLAH itu Maha Mengetahui, Maha Kuasa , Maha Bijaksana dengan ini kita perlu berdoa dengan seikhlas hati kepadaNYa agar kemungkaran itu dapat dibalas dengan Pembalasan Dari ALLAH S.W.T. Harap jangan buat keputusan sendiri.
BN menang dilihat dimata namun kalah dihati.....PR kalah dimata namun menang dihati kita...aku tak sokong mana2 parti namun aku lihat ada pro nankontra setiap parti....
1.BN meguasai pengundi dgn wang media radio fitnah...namun PR hanya menguasia pengundi dgn janji pasti tak pasti,pidato,secara manual,ketidakcanggihan PR dlm menagani proaktif kehadapan membuat sedikit sebyk kemunduran offsasi pada pendengar terpaut mempercayai,aku berani kata undi2 yg PR perolehi kemenangan adalah berlunaskan cerdikpandai pengundi2 terpelajar,namun dikelas bawahan org tidak terfikir bahawa PR mampu melaksanakan pentadbiran yg chekandbalance pada mereka,golongan ini pemalas dan kebanyakannya berkiblatkan duit utk terus mengharungi kehidupan,mereka tak suka membaca dan menilai kajiselidik....Memontm BN utk teruskan agenda ini berkesan...PR harus mencari makedisma berkepompong utk menawani golongan ini
pemegang ic dari kepulauan sulusia masuk beramai ramai ke sabah memenangkan bn.lahat datu kes hanya silap mata.
PR perlu desak ROS supaya menyegerakan pendaftaran Pakatan Rakyat...baru nampak sitem satu parti
yg pasti penduduk luar dan rakyat yg berpendapatan rendah adalah merupakan penyokong kuat BN.
Disinilah BN menggunakan kuasa dan wang yg banyak menabur bakti dalam bentuk bantuan tunai dan aktivit kebajikan yg tidak putus2 bagi membeli undi dari mereka ini.......
mereka ini pulak banyak bergantung kepada media elekterik spt TV dan Radio serta akhbar dan dipengaruhi oleh pemimpin2 masyarakat BN melalui institusi2 Rela,WI, JKKK, dan lain2 pertubuhan kerajaan.
bezanya diantara kecerdikan melayu dgn cina dikpg jkkk adalah menteri mereka..kah,kah,kah,penyebaran yg salah pun mereka terima bulat2,yg penting sedekah...apakah tahap melayu dikpg boleh menumbangkan kerajaan dari segi kualiti atau kuantiti
Catat Ulasan