Sebanyak 15,000 anggota Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) di seluruh negara akan memantau secara teliti pergerakan pendatang asing di semua pusat pengundian, kata Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan.
Katanya, SAMM akan bertindak sekiranya melihat kelibat pendatang menghampiri pusat pembuangan undi dan cuba mengacau proses demokrasi di negara ini.
“Kami beri amaran kepada pendatang asing yang cuba untuk mengundi. Sila jauhkan diri dari pilihan raya umum Malaysia,” kata Edy kepada Keadilan Daily.
Kata Edy, puluhan ribu risalah amaran supaya tidak mencampuri politik Malaysia telah diedar dalam empat bahasa iaitu Indonesia, Myanmar, Urdu dan Bangladesh sejak tiga bulan lalu.
“Kami turut memohon Kedutaan negara yang tahu ada rakyatnya diberikan kad pengenalan, supaya menasihati warga mereka untuk tidak mendekati mana-mana pusat pengundian.
“Jika tidak, tangkapan awam (mengikut Seksyen 27 Kanun Prosedur Jenayah) dibuat dan tindakan keras akan diambil,” kata Edy sambil meminta aktivis SAMM di seluruh negara bersedia untuk mengambil tindakan tegas kepada pendatang asing yang engkar.
Katanya, SAMM mempunyai beberapa set soalan yang akan ditanyakan kepada pendatang asing untuk pengesahan.
Sekiranya gagal menjawab mereka akan ditahan. Beliau menasihatkan semua petugas SAMM berpakaian hitam sebagai pakaian rasmi.
2 respon:
Persoalanya, apakah mat mat bangla, indon, filipina ni akn undi di tpt yg sm dgn kt?
biar rakyat menjadi hakim .. ABU
Catat Ulasan