# sila like "kami undi pakatan rakyat"
Kerana tidak takut mati, Umi Hafilda mengulangi sumpah laknat seperti tahun 1998 dulu. Dia sedar tiada apa apa kesan dari sumpah laknatnya dulu, jadi dia
bersumpah lagi. Mungkin padanya sumpah itu tidak bermakna apa apa sekadar untuk meyakinkan orang bahawa dakwaannya mengenai DSAI benar.
Umi Hafilda menuduh DSAI penzina pada ketika dia tidak pernah menjawab pengakuan seorang petani dari Serawak bahawa dia pernah berzina dengan Umi Hafilda
ketika menjadi saksi perbicaraan DSAI tahun 1998 dulu. Mulut Umi Hafilda menjadi semakin lancang ketika menyerang Nurul Izzah di Pantai Dalam.
Tanpa menghormati Nurul Izzah sebagai perempuan, isteri orang dan anak orang dia menuding jari kepada Nurul Izzah dan mendakwa bapak Nurul Izzah adalah
penzina dan peliwat. Dia menuduh ketika DSAI meliwat Azizan, Nurul Izzah masuk bilik dan melihat aksi bapanya.
Sungguh celupar Umi Hafilda. Walaupaun bermati matian Umi Hafilda menyerang Nurul Izzah tapa sedikitpun rasa hormatnya, tetapi hakikat yang berlaku tidak
menyokong Umi Hafilda. Lainlah kalau Umi Hafilda menampilkan kedudukan semasa Azizan yang didakwanya menjadi mangsa liwat DSAI dan mengemukakan bukti anak
saudaranya adalah darah daging DSAI seperti didakwanya dulu bagi menjustifikasikan tuduhan zinanya terhadap DSAI.
Barang diingat dalam Islam Umi Hafilda perlu mengemukakan 4 orang saksi, bukan bersumpah dan kalau gagal, menuduh wanita yang baik berzina akan menyebabkan
Umi Hafilda boleh disebat 80 kali kalau hudud dilaksanakan.
Ini bermakna, tiada siapa termasuk Umi Hafilda boleh celupar menuduh membabi buta dan sepatutnya juga UMNO yang mana pentasnya digunakan oleh Umi Hafilda
tidak membenarkan Umi Hafilda mengaibkan orang secara public.
Kalau apa yang dikatakan Umi Hafilda itu betul, tidak sepatutnya dia membuka aib orang tetapi kalau Umi Hafilda cuma hentam kromo sedangkan apa yang dikatanya
tidak benar sama sekali maka Umi Hafilda sudah mengaibkan orang dengan kebenaran UMNO( Itu yang berlaku) dan tunggulah balasan ALLAH kalau tidak di dunia
ini semasa hidup sudah tentu selepas mati.
Umi Hafilda jangan hentam kromo, nanti mati susah!
1 respon:
Biarkan dia.....Allah sudah menyebut barang siapa hambanya yg suka dedahkan aib dan memfitnah saudara2nya maka Allah akan menghukumnya dengan azab yg maha pedih...tunggu dan lihat
Catat Ulasan