Isnin, 18 Mac 2013

Derita isteri dituduh curang

SUNGAI PETANI - Tidak tahan dengan perangai suami yang panas baran, sering memukul dan sanggup melarikan tiga anak, seorang suri rumah sepenuh masa, Mary, 33, (bukan nama sebenar) mengambil keputusan pulang ke pangkuan keluarga untuk meminta pertolongan.

Menurutnya, dia bukan sahaja didera mental dan fizikal, malah suami yang merupakan seorang anggota keselamatan itu turut menghasut anak-anaknya supaya tidak menyukai dirinya setelah mengatakan dia gila.






# sila like "pakatan rakyat supporters"


“Setiap kali pulang, ada sahaja tidak kena malah, dia juga sering mengabaikan tanggungjawab membeli keperluan dapur, susu anak dan jarang ada di rumah,” katanya kepada media ketika ditemui di rumah saudaranya di sini, kelmarin.

Mary yang tinggal di Ipoh, Perak, berkata, suaminya sering memukul dirinya, membelasah dengan tali pinggang, ditendang dan diterajang sejak awal perkahwinan sehingga kini walaupun sudah memiliki tiga anak hasil perkongsian selama 10 tahun.

Menurutnya, anak sulung berusia tujuh tahun menghidap autisme, manakala yang lain berusia enam dan dua tahun.

“Setiap kali bergaduh, dia pandai memujuk. Akibat tidak sampai hati dan terlalu sayangkannya, saya memaafkan dirinya.

“Bagaimanapun, dua minggu lalu, dia membawa ketiga-tiga anak saya keluar dari rumah dan menghalau saya keluar,” katanya yang buntu memikirkan nasib tiga anaknya itu.

Ibu saudara Mary berkata, sebelum ini keluarga termakan dengan hasutan suami mangsa yang sering menceritakan keburukan isteri.

“Sehingga kini, barulah kami sedar yang kami tertipu dengan lelaki itu setelah 10 tahun mereka berkahwin,” katanya.

Menurutnya, ketika Mary berada bersamanya, lelaki itu masih menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada keluarga mengatakan Mary curang dengan lelaki lain.

“Sedangkan ketika itu, Mary sudah menceritakan segalanya kepada keluarga dan kami sendiri menjemputnya di stesen bas dalam keadaan trauma ketika baru sampai dari Ipoh, baru-baru ini,” katanya.

Difahamkan, Mary pernah dipaksa menandatangani surat penceraian namun enggan kerana memikirkan nasib anak-anak yang masih memerlukan kasih sayang mereka berdua.

Sejak 2010, Mary sudah membuat empat laporan polis termasuk dua di Ipoh, Perak, satu di Seremban, Negeri Sembilan dan satu di Sungai Petani, Kedah berhubung kelakuan suaminya namun, masih belum ada tindakan selanjutnya.

“Saya lihat dia bimbang dengan keadaan anak-anak kerana tidak pernah berpisah dengan mereka menyebabkan dia sering menangis, tidak lalu makan, trauma dan tidak terurus,” katanya.


sumber sini



RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: