Katanya, mahkamah juga memutuskan ucapan itu adalah satu bentuk kiasan yang tidak merujuk kepada mana-mana pihak.
"Oleh itu, mahkamah membatalkan saman plaintif (peneroka felda) dan membenarkan permohonan defendan (Najib). Mahkamah memerintahkan plaintif membayar RM3,000
setiap seorang kepada defendan," katanya.
Pada 7 Ogos lepas, tujuh lelaki dan seorang wanita peneroka felda Wilayah Jengka, Bandar Jengka, memfailkan saman itu terhadap Najib berhubung ucapannya
yang didakwa mengaibkan dan menghina mereka melalui The Law Office of Mohd Harris.
Mereka ialah Samat L.Yusof, Alias Ibrahim, Idris Mat Sah, Syed Jamaluddin Syed Muhamed, Abdul Rahim Abdul Rahman, Rosdi Ismail, Abdullah Mohd dan Rakiah
Sulong.
Mereka mendakwa ucapan di hadapan lebih kurang 40,000 orang itu antara lain membawa maksud mereka adalah pengkhianat, tidak bermaruah, tidak jujur dan tidak
setia dalam perjuangan.
Mereka berkata ucapan itu juga telah disiarkan di media massa dan media elektronik dan mereka menuntut ganti rugi am, khas, teruk, faedah dan juga kos.
Perdana Menteri pada 24 Sept lepas telah memfailkan permohonan untuk membatalkan saman melalui Tetuan Hafarizam Wan & Aisha atas alasan writ saman itu adalah
suatu penyalahgunaan proses mahkamah kerana plaintif tiada kuasa tindakan terhadap defendan, selain ianya tidak merujuk dan/atau mempunyai kaitan kepada
defendan.
Beliau juga berkata saman itu mengaibkan, remeh atau menyusahkan dan kegagalan plaintif untuk menyatakan kes terhadap defendan adalah suatu kegagalan yang
mandatori dan menjadikan tuntutan mereka harus dibuang secara in limine.
Peguam Mohd Harris Abdullah yang mewakili peneroka felda itu memberitahu media bahawa beliau akan berbincang dengan anak guamnya sama ada akan memfailkan
rayuan terhadap keputusan hari ini. – Bernama
sumber sini
2 respon:
biasa lah tu 1Malaysia Boleh...
aku dah cakap .Rugi masa.makamah dimalayasia ini makamah kartun.jadi hantar pada dimakamah antara bangsa dibelanda.Hakim dimalaysia semua penipu
Catat Ulasan