“Saya berharap, dan saya menyuarakan ini kepada Najib, bahawa kita boleh mencegah perkara-perkara seperti ini daripada terus berlaku,” kata Susilo dalam satu sidang akhbar di Lapangan Terbang Halim Perdanakusumah di Jakarta Timur, dipetik Malaysia Kini yang memetik The Jakarta Globe.
Perdana Menteri Malaysia dilaporkan memberitahu Susilo bahawa kenyataan Zainuddin adalah pendapatnya sendiri dan telah dibuat selepas bekas menteri itu bertemu dengan Habibie.
Najib memberitahu presiden Indonesia itu bahawa ia adalah musim pilihan raya di Malaysia dan banyak isu telah menjadi sensitif.
Susilo memberitahu sidang akhbar tersebut bahawa beliau tidak nampak sebarang sebab untuk menghina bekas presiden Indonesia itu.
“Bagi saya, sama ada akan ada pilihan raya atau tidak, semua orang saling harus melindungi satu sama lain dan tidak perlu memburukkan ketua negara atau bekas ketua negara lain,” katanya.
Zainuddin telah dipanggil Habibie pengkhianat kepada negara yang tunduk kepada tekanan Barat untuk mengeluarkan satu referendum yang membenarkan Timor Timur keluar daripada republik itu, demikian menurut petikan yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia.
Zainuddin memanggil Habibie dan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai “anjing imperialisme”.
sumber sini
bagi aku, walau pun Najeb kata itu pendirian peribadi dan akhbar itu, tapi aku berpendapat kenyataan ni buat dia tak senang duduk. Zam bekas menteri kabinet UMNO .. utusan pula lidah rasmi gerombolan UMNO .. so nak kata apa lagi ..
Silap besar panggil orang anjing ..
2 respon:
Kalau SBY guna bahasa biasa kampong, mungkin bunyi seperti "Kau ngoklah, benda macam ni kecik pun tak boleh pakai otak, kau bahalol ke? Macam mana nak jaga rakyat 250 juta, yang 28 juta secoit pun dah jadi benggap!"
Mahu poyo terus kot si Jib kalau SBY buang protokol bual macam tu.
Sebenarnya cara itu lebih baik, terus terang tapi dapat belajar dari SBY. Kalau bodoh sombong, susahlah nak maju....
Aduh!SBY, Ngomong kamu persis Pak jib ni tolol bangat, tak gitu? Kalau iya, kami di sini pun udah lama beranggapan bahawa tiada lain melainkan yang tolol-tolol aja yang memimpin kami! Justeru, kami harus singkirkan pemimpin yang tolol bangat ini dari tampuk kuasa pada PRU13 mendatang agar kami juga tidak diistilahkan sebage rakyat dari negara Tolol! Hihihi.....1 Tolol!
Catat Ulasan