Rabu, 28 Mac 2012

Saman RM200 juta: Mahkamah tolak rayuan Felda

KUALA LUMPUR 28 Mac: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan Felda dalam kes saman fitnah RM200 juta terhadap Pengerusi Jawatankuasa Displin KEADILAN, Datuk Dr Tan Kee Kwong (gambar).

“Saya mengucapkan rasa syukur kepada Tuhan atas kemenangan ini. Terima kasih juga kepada peguam-peguam saya yang telah bekerja keras selama ini,” katanya ketika dihubungi KeadilanDaily.








Beliau turut berkata, akan meneruskan perjuangan membela nasib peneroka, dan mendedahkan penyelewengan yang dilakukan Felda.

16 Ogos 2011, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman fitnah yang dikemukakan Felda kepada Tan, dan mengarahkan Felda membayar kos RM70,000 kepada beliau.

25 Januari 2011, Felda dan anak syarikatnya, Felda Global Venture Holdings Sdn Bhd memfailkan saman berkenaan artikel akhbar Suara Keadilan bertajuk ‘Kontroversi’ dan ‘Bina Bangunan RM662 Juta Hanya Libatkan Tiga Individu’, yang didakwa memfitnah Felda.

Tan, yang juga merupakan bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, diwakili peguam Ranjit Singh, Razlan Hadri Zulkifli dan Ho Kok Yew. (keadilandaily)










RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: