Isnin, 19 Mac 2012

Perogol bersiri dipenjara lagi .. hmmm tak serik-serik!

KOTA BHARU 18 Mac - Seorang perogol bersiri yang dikaitkan dengan 20 kes rogol dan cabul di negeri ini dipenjara lapan tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku melakukan rompakan bersenjata ke atas seorang pengurus kedai emas pada 15 November lalu.

Tertuduh, Amran Che Jaafar, 30, sebelum ini telah dijatuhi hukuman penjara 16 tahun dan lapan sebatan oleh mahkamah atas kesalahan merogol dan cabul.








Hakim Azman Mustapha memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu selepas dia menghabiskan tempoh hukuman penjara 16 tahun yang dijatuhkan terhadapnya oleh Mahkamah Sesyen pada 11 Mac lalu.

Hukuman itu dijatuhkan selepas tertuduh mengaku merompak sebuah telefon bimbit jenama Blackberry, wang tunai RM250, kad pengenalan dan kad Bank Islam serta lesen memandu milik seorang pengurus kedai emas berusia 38 tahun dengan bersenjatakan sebilah pisau di sebuah rumah di Flat Hijau, Kubang Kerian, di sini pada pukul 8 pagi, 15 November lalu.

Bagi kesalahan itu, Amran dituduh mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 397 Kanun Keseksaan dan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan dan denda atau sebat jika sabit kesalahan. - UTUSAN





RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: