Ahad, 18 Mac 2012

Kemaluan membengkak setelah berkhatan .. klinik pula lepas tangan ..

KANGAR, Perlis – Seorang lelaki terkilan apabila pihak yang diamanahkan untuk menjalankan prosedur berkhatan seolah-olah lepas tangan setelah kemaluan anak saudaranya mula membengkak Jumaat lalu.

Razali Husin, 57, berkata, pada mulanya anak saudaranya yang berusia lapan tahun dibawa ke sebuah klinik di Kaki Bukit untuk memeriksa sama ada dia boleh menjalankan prosedur terbabit mahupun tidak.








Namun, setelah diperiksa dimaklumkan bahawa anak saudaranya dalam keadaan baik.

“Pembantu perubatan telah menyuntiknya, namun sejurus selepas itu pihak klinik memaklumkan bahawa mereka tidak dapat menjalankan prosedur terbabit, kerana beberapa masalah dan menyarankan saya membawanya berjumpa pakar. Selepas kejadian itu, pada petang itu juga ia mula membengkak dan saya cuba mendapatkan rawatan ke klinik lain di Kangar, namun jawapan masih sama kerana bengkaknya semakin membesar,” katanya, semalam.

Menurutnya, selepas itu dia membawa anak saudaranya berjumpa pakar dan doktor memaklumkan anak saudaranya boleh menjalankan prosedur terbabit mengikut giliran.

“Sepatutnya pihak klinik berkenaan memberikan surat ataupun memaklumkan kami untuk membawa anak saudara saya ke hospital ataupun klinik yang sepatutnya. Saya kecewa apabila diperlakukan begini seperti melepaskan batuk di tangga,” katanya.







RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: