Ahad, 25 Mac 2012

HOT Isu video lucah: Melia Aimiellia-blogger damai

, nama aktres Melia Aimiellia hangat diperkatakan, setelah sebuah blog hiburan tempatan; menerima video bogel yang pelakunya didakwa seakan aktres Karipap-Karipap Cinta itu.

Biarpun menafikan sekeras-kerasnya dakwaan sesetengah pihak yang mengaitkan wanita di dalam video bogel itu dirinya, namun kenyataan Melia seolah-olah diperbesar-besarkan. Lebih parah, apabila Melia dan keluarga disisih saudara mara serta periuk nasinya terjejas, sehingga memaksa gadis berusia 19 tahun ini membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membersihkan namanya semula.








Justeru, pada satu sidang media yang diadakan oleh Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) kelmarin, Melia mengakui lega selepas Seniman telah mengeluarkan satu surat khas yang mengesahkan bahawa pelaku di dalam video tersebut bukan Melia.

Malah bagi menjernihkan keadaan, Seniman turut mengaturkan pertemuan antara wakil blog hiburan tersebut dan Melia untuk berdamai.

“Secara jujurnya, saya mengakui sedikit lega selepas pihak blog hiburan tersebut membuat permohonan maaf secara terbuka pada sidang media ini. Selain itu, mereka turut membuat permohonan maaf di blog mereka.

“Biarpun mungkin ada pihak yang tertanya-tanya mengapa saya senang memaafkan mereka walaupun keluarga saya berpecah-belah dan periuk nasi saya terjejas. Namun, saya dan keluarga tetap memaafkan mereka.

“Keluarga saya juga bersetuju untuk membatalkan laporan polis dan SKMM serta menarik balik tuduhan yang dikenakan kepada blog tersebut sebelum ini,” katanya yang ditemui selepas sidang media di Saloma Bistro.

Melia berkata, dia juga berpuas hati dan berterima kasih kepada pihak Seniman yang membantu membuat siasatan sekali gus mengesahkan wanita dalam gambar dan video lucah itu bukan dirinya.

"Selepas membuat laporan polis, saya telah meminta pertolongan Seniman untuk menyiasat hal ini. Setelah mereka melakukan siasatan, pihak perundangan Seniman telah mengeluarkan surat yang mengesahkan wanita dalam gambar tersebut bukan saya.

“Saya tidak tahu, bagaimana cara siasatan mereka, tetapi saya amat berpuas hati kerana dapat membersihkan nama baik saya,” jelasnya.


Zed Zaidi perjelas empat isu

Sementara itu, Timbalan Presiden Seniman, Rozaidi Abdul Jamil atau Zed Zaidi berkata, perkara itu telah disahkan sendiri oleh bahagian perundangan Seniman.

“Kami rasa bertanggung jawab untuk membantu Melia memandangkan dia adalah ahli Seniman. Setelah siasatan dilakukan, kami mengeluarkan surat yang disahkan oleh peguam persatuan dan perkara ini dianggap selesai,” katanya.

Selain membantu menyelesaikan kes Melia, Zed Zaidi terlebih dahulu memperjelaskan isu tiga usul memorandum yang diserahkan ketika Karnival Muzik Belia 2011 bersama Barisan Nasional (BN) pada 4 Mac lalu.

“Tujuan sidang media ini diadakan, adalah untuk membetulkan salah faham terhadap laporan yang dikeluarkan pihak media mengenai dua usul yang dikemukakan kepada kerajaan.

“Berkenaan usul Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan penggunaan cermin gelap kereta untuk semua ahli Seniman adalah tidak benar. Sebenarnya saya memohon insurans perlindungan kemalangan diri, peruntukan Rumah Rakyat 1 Malaysia (PRIMA) dan penubuhan unit khas di bawah Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela).

“Semua usul itu telah pun saya serahkan kepada Menteri, termasuk yang terbaru pada 13 Mac lalu kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishammuddin Tun Hussein dan ia merupakan salah satu usaha Seniman menjaga kebajikan para artis tempatan,” katanya.


Bukan tuding jari

Tidak menuding jari kepada media, Zed berkata, kemungkinan keadaan yang sedikit kelam-kabut pada hari karnival itu menyebabkan dia memberi salah maklumat kepada pihak media.

“Saya terkejut apabila kenyataan saya disalahertikan lebih-lebih lagi berkenaan dengan isu cermin kereta gelap. Saya tidak pernah menyatakannya.

“Apa-apa pun saya meminta maaf sekiranya memang benar saya menyebut perkara itu memandangkan pada hari saya ditemu bual pada karnival tersebut, fikiran saya berserabut memikirkan pelbagai aktiviti yang dijalankan.

“Saya harap, pihak luar tidak salah faham dengan kenyataan yang diberikan hari ini kerana saya hanya ingin menjelaskan situasi sebenar. Jika tidak ia boleh mengelirukan para artis, kerajaan serta masyarakat di luar sana,” katanya. (SH)


PBO:

1. kalau korang nak baca permohonan maaf tu boleh klik

rotikaya.com

2. oi rotikaya.com , korang boleh minta maaf tapi bagaimana dengan dosa-dosa yang membaca kemudian menjaja seluruh alam. kalau tak dari korang yang mula ..






RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: