PBO: UMNO/BN terutama blogger dan pemimpin mereka selalu mengatakan pembangkang hanya pandai "menyalak". Tapi realitinya banyak kes UMNO/BN termasuk PKFZ, NFC dan lain-lain berjaya dibuktikan hasil kerakusan puak-puak perompak ini.
Blogger dan pencacai UMNO menyokong kerana mereka juga menerima "habuan" secara tidak langsung atau atas kepentingan peribadi.
Siapa kata pembangkang hanya pandai menyalak. Kalau setakat menyalak, apa jadi pada kes Khir Toyo? Udah-udahlah tu ..rakyat bukan berada pada zaman bodoh lagi .. yang bodoh, mereka yang menjaga perut sendiri ...
ikuti cerita bekas pak menteri di bawah:
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik membela diri terhadap tuduhan menipu kerajaan Malaysia membabitkan RM1.08 bilion dalam projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Hakim Datuk Ahmadi Asnawi memutuskan demikian setelah mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie ke atas bekas bekas presiden MCA itu.
Dr Ling, 69, yang menjadi menteri pengangkutan selama 17 tahun sejak 1986, dituduh menipu kerajaan Malaysia apabila tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894 yang berasaskan RM25 sekaki persegi iaitu RM1,088,456,000 sedangkan beliau tahu Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), dalam menentukan nilai kadar RM25 sekaki persegi (skp), telah mengambil kira kadar kupon/faedah.
Bekas presiden MCA itu juga menghadapi dua pertuduhan pilihan (pindaan) iaitu menipu dan sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan 7324 Lot 67894 berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000.
Dr Ling didakwa melakukan semua kesalahan itu di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 25 September dan 6 November 2002.
0 respon:
Catat Ulasan