Khamis, 1 Mac 2012

Ahli Parlimen UMNO dipenjara 6 tahun denda RM400 ribu

FAKTA PILIHANRAYA 2008 (PRU12)

jangan tak percaya pulak ... UMNO kan ...

P92 SABAK BERNAM

Jumlah Pengundi: 31,381
Peratusan Kaum: M: 81.25% C: 13.61% I: 5.12% L: 0.02%

1. Abd. Rahman Bakri (BN) (12,055)
2. Dr. Badrul Amin Bahron (PKR) (10,720)

Majoriti: 1,335
Jumlah undi: 23,486
Peratus mengundi: 74.84%
Undi rosak: 711

Penyandang: Datuk Mat Yasir Ikhsan (BN)
(Majoriti: 5,348 undi)

SHAH ALAM, 1 Mac: Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri dan pembantunya, Rosli Busro, 44, dijatuhi hukuman enam tahun penjara dan denda RM400,000 atau 1 tahun penjara bagi setiap pertuduhan.








Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Azhaniz Teh Azman Teh membuat keputusan tersebut selepas mendapati pihak pendakwaraya berjaya mengemukakan bukti tanpa menimbulkan keraguan serta mengambil rayuan dari pihak pembela.

Abdul Rahman Bakri didapati bersalah kerana membuat lapan tuntutan palsu berjumlah RM80,000.

Sementera itu, pembantu khasnya, Rosli Busro yang juga didapati bersalah atas tuduhan yang sama dijatuhkan hukuman.

Hakim memerintah kesemua hukuman penjara dijalankan serentak manakala denda sebanyak RM400 ribu dikenakan bagi semua tuduhan atau 8 tahun penjara jika gagal membayar denda tersebut.

Namun, Mahkamah menangguhkan hukuman tersebut dengan ikat jamin sebanyak RM50 ribu kepada Abdul Rahman, manakala pembantu khasnya sebanyak RM30 ribu sementara menunggu kes tersebut dibawa ke Mahkamah Rayuan.

Semalam, di mahkamah yang sama hakim telah membuat keputusan mendapati kedua-duanya bersalah terhadap tuduhan tersebut, namun atas rayuan pihak peguam bela keputusan menjatuhkan hukuman ditunda ke hari ini.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Tertuduh didapati membuat tuntutan palsu sebanyak RM10,000 setiap satu di antara 21 Januari dan 4 Februari 2008 ketika menjadi Adun Sungai Ayer Tawar.

Pendakwaan dikendalikan oleh Ketua Unit Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa manakala peguam Kamarul Hisham Kamaruddin mewakili Abdul Rahman.

Sementara itu, mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan seseorang Ahli Parlimen hilang kelayakan jika beliau disabitkan oleh mahkamah dan dihukum penjara tidak kurang setahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 dan beliau tidak mendapat pengampunan.

sumber sini




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: