Dipetik Bernama, beliau berkata, tuntutan yang dikemukakan ialah untuk Gred 1 hingga 16 kenaikan sebanyak RM700, Gred 17 hingga Gred 26 (RM1,000), Gred 27 hingga Gred 40 (RM1,500), Gred 41 hingga Gred 48 (RM1,800) dan Gred 52 hingga Gred 54 (RM2,500).
"Misalnya bagi mereka yang berada di Gred 17, gaji semasa dalam SSM ialah RM820 perlu dinaikkan sebanyak RM1,000 kepada RM1,800," katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas cadangan Cuepacs pada mesyuarat pasukan petugas semakan semula SBPA.
Omar turut mencadangkan agar mereka yang berada di tangga gaji tahap maksimum atau pada tangga gaji mati perlu dibayar tunggakan kenaikan tahunan selama mana mereka tidak menikmati sebarang kenaikan selain perlu dinaikkan gred.
"Misalnya bagi mereka yang sudah terhenti kenaikan gaji sejak lima tahun lepas, sekiranya kenaikan setahun mereka ialah RM100 jadi perlu dibayar tunggakan sebanyak RM500," katanya.
Selain itu, Cuepacs turut menuntut mereka yang lulus Penilaian Tahap Kecekapan pada Aras 4 sebelum Disember 2011 perlu diberi kenaikan gaji.
"Banyak aduan yang diterima apabila SBPA diperkenalkan mereka yang sudah lulus Aras 4 tidak diberi kenaikan gaji. Ini tidak adil kerana bukan mudah untuk mendapat lulus Aras 4, terpaksa berkorban baca buku siang malam tapi bila dah lulus tidak dinaikkan gaji, sia-sia sahajalah usaha mereka," katanya.
Omar berkata, tuntutan Cuepacs itu dirasakan sesuai memandangkan mereka yang di kedudukan atas daripada Gred 54 telahpun menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA.
"Kalau betul kerajaan berhasrat untuk merapatkan jurang antara pegawai rendah dengan atasan maka tuntutan itu adalah dirasakan wajar, apa yang Cuepacs lakukan ialah untuk menuntut kesaksamaan," katanya.
Beliau berkata terpulang kepada pasukan petugas SBPA untuk menilainya dan jika merasakan tuntutan itu melibatkan kos yang tinggi, Cuepacs mencadangkan gaji kumpulan yang menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA dikurangkan dan disalurkan kepada gred bawahan.
"Jika tidak boleh juga... apa yang terkandung dalam SPBA sekarang perlu ditukar keseluruhannya dan digantikan dengan terma-terma yang baru," katanya.
11 respon:
sayang datuk omar osman dan cuepacs. begitulah peranan presiden...berkhidmat bg pihak semua penjawat awam....bkn untuk gred tertentu saja.
jgn tak jadi dah ler.
kalo tak jadi, terbukti kjaan sediada tak peka kpd mereka yg hidup sengsara sekian lama.
kalau tak jadi cadangan yg dikemukakan cuepacs....kita tau lah apa nak buat datang pru13 nanti. jangan nak salahkan penjawat awam ketika itu sudah lah.
minta omar osman lihat tuntut kenaikan elaun guru yang menjawat jawatan waden asrama pelajar sekolah. untuk pengetahuan omar guru yang menjawat jawatan waden dan tinggal di kawasan sekolah atau kuaters guru akan dipotong elaun perumahan dan kola sebanyak 5o%.
bagi guru DG 44 pula akan kerugian sebanyak RM60 setiap bulan berbanding rakan guru yang tidak menjawat jawatan waden.
bebanan kerja waden amat berat. kerja 24 jam.
mohon perjuang isu ini.
Dailog Datuk Omar Osman dengan PM
PM : Datuk,sy minta maaf dari pihak kerajaan,kerana SBPA yg diumumkan oleh JPA tak dimaklumkan pada sy dulu.
Datuk Osman : itu tak ada masalah YAB,biasalah...tersilap ko.
PM : sy memang risau Datuk,ko..ko ahli Cuepacs marah,sy takut tak pangkah BN nanti,Datuk.
Datuk Osman : Jika YAB faham / takut,sy rasa YAB ikut sahaja cadangan baru Cuepacs,naik gaji mereka RM 700.00 -RM 2500.00 semua ditanggung beras YAB.
lawak... lawak....lawak bila baca komen semua....berbunga bunga hati membaca permintaan CUEPACS...barulah boleh nak kata negara berpendapatan tinggi..... tu pun tak cukup lagi.....syokle kalau jadi.....amin
Kesian kepada pekerja swasta,petani,nelayan yang bekerja sendiri...kakitangan awam naik gaji harga barang pasti naik...tak ada siapa yang memperjuangkan.
Kesian kepada pekerja swasta,petani,nelayan yang bekerja sendiri...kakitangan awam naik gaji harga barang pasti naik...tak ada siapa yang memperjuangkan.
kalu tak naik, PR lah naik ke Putra Jaya.
Jadi ke tidak, aku tetap pangkah Pakatan PRU13 ni. Dia bagi kita sapu. Undi BN jangan harap. Mana-mana kerajaan yang naik kebajikan rakyat mesti diutamakan. Aku dah jemu tengok menteri-menteri BN ni. Jom kita ganti yang lain pulak.
x semudah itu kerajaan nak bagi apa yg dituntut oleh cuepacs....mungkin 50% drp itu boleh dpt sbb kerajaan dlm bab duit utk kaitangan awam ni berkira sangat..
Alhamdulillah pangkah tetap bulan manpos Umno
Catat Ulasan