Bagaimanapun, pada petang 24 Febuari, beliau dihubungi oleh seorang wanita mangsa keganasan rumahtangga, yang menyatakan hasrat untuk melarikan diri kerana bimbangkan keselamatan dirinya terancam.
Pada awal pagi 25 Febuari, wanita berkenaan sekali lagi menghubunginya dan memaklumkan sudah berada di lokasi Temurapat KEADILAN itu.
Menurut Badrul, beliau cuba membantu mendapatkan penginapan untuk wanita tersebut dan anaknya, sebelum diserbu oleh suami wanita berkenaan bersama sekumpulan 20 samseng.
Dalam kenyataan medianya, Badrul menjelaskan beliau mengenali pasangan suami dan isteri itu yang pernah bersama menyertai rombongan umrah bersamanya.
Menurutnya lagi, beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan saman terhadap pihak terbabit yang memfitnahnya ditangkap khalwat.
Berikut disiarkan kenyataan penuh Badrulamin.
Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.
Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temu rapat ini.
Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian.
Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.
Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya. Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin.
Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.
Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka. Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.
Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali. Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya. Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari 2012.
Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini.
Dengan penjelasan ini, saya berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya.
Dr. Badrulamin Bahron
sumber sini
3 respon:
kalau dah salah tu ngaku jer lah
akan saman buat apa nya saman jer lah terus .
yang UBA kena pukul dengan 20 orang tu tak nak buat report polis ker ??
lepas ni pegi jumpa nik aziz cuci dosa . settle
abis kalu bukan dia sape tuuu, tak akan aku kot...
apa-apa hal jangan cakap saje nak saman, saman terus kalu betul tak berkhlwat pasti menang dapat duit oiii,, pastu mintak mahkamah arahkan semua media yang buat kenyataan fitnah kena buat pegakuan mohon maaf baru semua orang percaya tak ada khalwat, jangan stakat cakap dlam blog jee.
Catat Ulasan