Isnin, 5 Disember 2011

Ranking rasuah Malaysia semakin teruk semasa Najib - patutlah dia dipuji sakan!

PBO:

Patutlah baru-baru ini dalam perhimgpunan UMNO, Che Det puji melambung Najib. Ini rupa-rupanya !!

Sebagai pengundi PRU13, anda buat penilaian sendiri wajarkah UMNO perlu berkuasa lagi?












Siapakah yang anda rasa layak menerajui kerajaan selepas PRU 13?
Barisan Nasional
Pakatan Rakyat
Tidak peduli
  
segarkan

Prestasi Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dikeluarkan dalam kajian terbaru Transparency International (TI) mendapati gejala rasuah semakin buruk semasa pentadbiran Datuk Seri Najib Razak berbanding dua perdana menteri sebelumnya.

Ranking itu bukan sahaja yang terburuk dalam tempoh 10 tahun seperti yang dinyatakan oleh TI Malaysia tetapi menurut pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, adalah kedudukan terendah yang diperolehi Malaysia dalam 17 tahun sejak ia diperkenalkan pada 1995.

Keputusan ranking 2011 yang diumumkan Khamis lalu menunjukkan terdapat kemerosotan dalam kedudukan Malaysia yang jatuh dari tangga 56 tahun lalu ke tangga 60 tahun ini daripada 183 negara yang dikaji.

Malaysia kali ini hanya mencatatkan 4.3 mata - kejatuhan berturut-turut kali ketiga sejak 2009. (Di bawah sistem pemarkahan, 10 adalah 'bersih' manakala 0 ialah 'amalan rasuah tegar'.)

Terjerumus

Lim dalam kenyataan akhbarnya, hari ini berkata, dalam tempoh sembilan tahun dari 1995 semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, markah yang dicatatkan oleh negara berlegar antara 4.8 pada tahun 2000 dan 5.3 pada tahun 1996. Ranking negara jatuh 14 kedudukan dari tangga 23 pada tahun 1995 ke tangga 37 pada tahun 2003.

Manakala sepanjang tempoh lima tahun pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi, kedudukan negara terjerumus 10 lagi kedudukan daripada 37 pada tahun 2003 kepada 47 pada tahun 2008. Lim berkata markah markah CPI negara terperangkap di antara 5.0 dan 5.1.

Walau bagaimanapun, sepanjang dua tahun setengah pentadbiran Najib, ranking CPI Malaysia mencatatkan kedudukan paling buruk dalam pelbagai aspek.

Malaysia Kini







RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: