Sabtu, 10 Disember 2011

Panas! Panas! UM ganggu debat mahasiswa

SHAH ALAM - Kumpulan pelajar yang menggelar diri mereka Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) kesal dengan tindakan Universiti Malaya (UM) yang menghentikan Program debat Mahasiswa yang diadakan di universiti itu semalam.

Debat yang berkisarkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1974 (Auku) itu dihentikan selepas beberapa pengawal keselamatan universiti dan pegawai Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) menyerbu masuk dewan.








Setiausaha Kami, Khairun Naim berkata, mereka meminta penganjur program keluar dewan dan perdebatan dihentikan dengan segera.

“Keadaan itu memaksa Yang di Pertua Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPP) UM, Mohd Syahid untuk keluar berunding. Selepas beberapa minit berunding, akhirnya pihak keselamatan memberitahu arahan tersebut dikatakan datang daripada Timbalan Naib Canselor HEP UM, Datuk Rohana Yusof.

“Bagi menyuraikannya, mereka beberapa kali mematikan suis lampu sedangkan ketika itu debat diantara Ahmad Shukri Che’ Ab Razab (bekas Aktivis Pro-Mahasiswa) dan Syamsul Salleh (bekas MPP Univerisiti Putra Malaysia) sedang berjalan pada pusingan kedua sebelum dihentikan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Debat bertajuk Auku dan Autonomi Mahasiswa itu diadakan di Auditorium Tun Mohamed Suffian, Fakulti Undang-undang UM itu dihadiri kira-kira 100 pelajar adalah anjuran bersama Aksi Mahasiswa Peduli (Aksi) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas).

Menurut Khairun, Kami ingin mempersoalkan apakah rasionalisasi bagi gangguan tersebut dibuat seolah-olah pelajar sedang melakukan sesuatu yang mengancam keselamatan kampus sedangkan perdebatan sihat ini bersifat ilmiah.

“Tindakan ini kami kira sesuatu yang tidak relevan malah bakal melahirkan lebih ramai graduan yang lemah serta menyemarakkan api “bebalisme” dalam kalangan pelajar.

“Kami percaya pelajar sudah mulai bosan dengan karenah birokrasi pihak HEP yang mengekang program ilmiah diadakan pelajar, yang mana mereka bukan pelajar sekolah, lagi disekat, lagi memberontak,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan berkenaan kejadian itu.

"Saya dukacita debat Auku di UM terbatal ketika sedang diadakan, saya sedang menyiasat kejadian itu bagaimana ia boleh berlaku.

"Sesiapa yang berada di forum itu semalam (kelmarin) diminta memberikan maklumat sebenar kepada saya kenapa ia dibatalkan oleh pentadbiran universiti," katanya di laman Twitter, semalam.

Khamis lalu, enam pelajar yang juga aktivitis Soladiriti Mahasiswa Malaysia ditahan kerana memasuki Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam secara tidak sah dan cuba mewujudkan Speakers Corner haram di kampus berkenaan.

Bagaimanapun, mereka dibebaskan pengawal keselamatan UiTM beberapa jam selepas itu.



sinar harian






RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: