Ketua Pembangkang ini menambah, beliau pernah melalui kehidupan di penjara dan mendapati ia bukan sesuatu yang sukar untuk dilalui.
Anwar (gambar), bekas timbalan perdana menteri, telah dikenakan hukuman penjara atas kesalahan liwat dan salah guna kuasa selepas dipecat pada 1998. Beliau dibebaskan pada 2004.
Bagaimanapun pemimpin berusia 64 tahun ini berkata kenyataan beliau tidak harus dianggap sebagai satu kekalahan.
“Ia bukan satu persoalan secara sukarela mahu ke penjara. Untuk apa sebab? Sebab saya memutuskan untuk tidak menyertai semula Umno, sebab saya memutuskan untuk melawan mereka atas sifat rasis dan dasar-dasar tidak adil mereka?” katanya.
sumber sini
Keputusan kes liwat Anwar 9 Januari
KUALA LUMPUR, 15 Dis — Penggulungan kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan penghujung hari ini dengan keputusan akan diketahui pada 9 Januari depan.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah mengumumkan tarikh keputusan kes di akhir sesi penghujahan pagi ini.
Anwar berdepan pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan tiga tahun lepas.
Pada 16 Mei lalu, Zabidin memerintahkan Anwar membela diri selepas memutuskan bahawa Saiful adalah seorang saksi yang boleh dipercayai dan berwibawa.
Beliau mengaku tidak bersalah pada 7 Ogos 2008, meliwat Saiful, 26, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Ini pertuduhan liwat kedua yang dihadapi Anwar. Pada 2000, beliau didakwa meliwat pemandu Azizan Abu Bakar.
Anwar disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Makkamah Tinggi, tetapi empat tahun kemudian Mahkamah Persekutuan menolak sabitan itu dan mengetepikan hukuman penjara.
0 respon:
Catat Ulasan