Sabtu, 5 November 2011

PR jawab isu panas kakitangan awam

SHAH ALAM – Pakatan Rakyat berjanji untuk mengubah nasib kakitangan awam sekiranya diberi mandat berkuasa nanti dan bukannya soal mengecilkan jumlah kakitangan awam.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, masalah utama kakitangan awam kini ialah ketidakselarasan tenaga kerja menyebabkan wujudnya pertindanan tugas antara jabatan-jabatan kerajaan.








“Sebagai contoh, dalam penguatkuasaan di jalanraya sahaja, terdapat pelbagai agensi yang terlibat - antaranya polis, peronda lebuhraya, Jabatan Pengangkutan Awam (JPA) dan Jabatan Alam Sekitar (JPS).



“Pas yakin sekiranya tugasan tersebut dapat diselaraskan, keberkesanan dalam perkhidmatan awam dan peningkatan daya saing kerajaan dapat diwujudkan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.



Beliau menambah, penyelarasan tugas yang efisyen dapat meningkatkan sikap kebertanggungjawaban dalam jabatan-jabatan kerajaan dan secara tidak langsung dapat mengurangkan insiden ketirisan, keborosan serta elemen rasuah seperti dilaporkan dalam Laporan Audit setiap tahun.



Katanya, dengan pentadbiran bersih dan kebolehan Pakatan Rakyat di negeri-negeri kuasaan mereka, sekiranya diberi mandat nanti, beliau yakin pendapatan dan hutang negara dapat dikurangkan secara berperingkat.



“Soal pengecilan atau penambahan kakitangan awam bergantung kepada kepentingan dan keperluan masa depan negara.



“Soal mengecilkan jumlah kakitangan awam tidak timbul kerana prospek keperluan mana-mana negara akan diselaraskan dengan keperluan pembangunan negara yang sentiasa bertambah tahun ke tahun,” katanya.

p/s: ooo patutlah belanja banyak. rupanya BN memang pandai memerintah.





RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

PenganutPAS berkata...

Berjanji macam berjanji kepada penduduk Kampung Buah Pala dulu tu ker . Kalau dapat tubuh kerajaan kampung buah pala akan dikekalkan . semacam tu ker janji pakatan haram ni ??