Isnin, 14 November 2011

jangan paksa guru kerja 9 jam - NUTP

KUALA LUMPUR, 13 Nov — Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) hari ini menggesa Putrajaya membatalkan sahaja projek perintis guru bertugas sembilan jam sehari atas alasan kajian itu satu tindakan membazir selain tidak mendapat maklum balas positif daripada kalangan tenaga pendidik.









Selain itu, NUTP juga mendakwa dasar baru tersebut tidak sesuai buat masa sekarang memandangkan kebanyakan sekolah kurang kemudahan selesa dan kondusif bagi guru.

Projek perintis itu akan dilaksanakan di empat negeri melibatkan sekitar 5,000 guru sekolah rendah dan menengah kerajaan mulai 1 Januari depan.

Presiden NUTP Hashim Adnan berkata, pihaknya pasti bahawa kajian perintis itu tidak akan membawa hasil positif jika mengambil kira kemudahan semasa di kebanyakan dan beban kerja setiap guru buat masa sekarang.

“Kita tahu bahawa kajian perintis ini tidak akan membawa keputusan positif yang diharapkan oleh Kementerian Pelajaran... jadi mengapa kita hendak membuang masa dan wang rakyat.

“Lagipun guru tidak perlu diwajibkan kerja sembilan jam seperti perkhidmatan lain, sebagaimana dikatakan oleh menteri (hari ini), guru-guru perlu cukup istirahat dan mereka sebenarnya kerja lebih daripada sembilan jam... misalnya kita ambil kira seorang cikgu yang meninggal dunia bersama dua anak muridnya,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini, dengan merujuk kepada tragedi empat orang meninggal dunia dalam nahas lebuh raya dekat Behrang awal pagi kelmarin.

Kata Hashim, besar kemungkinan guru-guru tidak akan berminat dengan dasar baru kerja sembilan jam, dan oleh itu “mengapa kerajaan hendak meneruskan kajian perintis ini?”

Hashim menjelaskan, Kementerian Pelajaran hendak menjalankan kajian perintis sebelum mewajikan kaum guru berkhidmat selama sembilan jam sehari seperti kakitangan awam yang lain.

“Langkah ini bertujuan menjadikan perkhidmatan pendidikan seperti perkhidmatan lain di negara ini. NUTP merasakan langkah ini tidak sesuai, tidak kena tempat memandangkan sifat perkhidmatan itu sendiri berbeza daripada sektor perkhidmatan awam yang lain,” kata beliau.

Di bawah dasar baru ini, guru sebelah pagi dikehendaki berada di sekolah dari 7.30 pagi hingga 4.30 petang manakala guru sebelah petang pula dikehendaki masuk sekolah 9.30 pagi dan bertugas sehngga 6.30 petang.

Semalam, Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong menasihatkan para guru agar tidak “panik” dengan projek rintis sistem bekerja sembilan jam Kementerian Pelajaran.

Projek itu yang akan dilaksanakan mulai Januari 2012 di empat negeri — Melaka, Sarawak, Pahang dan Johor berasaskan satu kajian di Melaka Tengah yang mengenal pasti tempoh bekerja yang ideal bagi guru.

Laporan media menyebut kira-kira 5,000 guru dari hampir 104 sekolah di seluruh negara akan menjadi perintis kepada sistem waktu bekerja sembilan jam mulai Januari depan.

PAS, komponen Pakatan Rakyat hari ini turut menggesa Kementerian Pelajaran mengkaji semula projek perintis guru-guru bertugas selama sembilan jam sehari yang akan dilaksanakan di empat negeri mulai Januari ini.

Ahli jawatankuasa kerja PAS Idris Ahmad berkata, tindakan itu tidak wajar memandangkan guru memang sedia terbeban pada masa ini termasuk tugasan selain mengajar.

“Rasional apakah guru-guru terpaksa bekerja selama sembilan jam? Sebenarnya guru-guru di Malaysia sudah sedia terbeban, bukan sahaja pembelajaran dan pengajaran.

“Malahan guru sudah menjadi tenaga kerja pelbagai tujuan kerana semua perkara guru terpaksa melakukan. Guru juga pemandu ambulans jika pelajar sakit, menjadi polis trafik ketika pelajar keluar sekolah, pengawal disiplin, pegawai kewangan kalau ia guru kelas, menjadi kerani untuk masuk markah,” kata beliau.

Hashim menambah, berkata pihaknya belum menjalankan kajian ke atas projek perintis itu tetapi pihaknya telah menerima maklum balas awal daripada guru-guru membantah langkah itu.

“Tanda-tanda awal ini menunjukan projek ini tidak akan berjaya, jadi batalkan sahaja projek perintis... buang masa kalau kita buat kajian ini,” kata beliau yang turut berharap Jabatan Perkhidmatan Awam akan meneliti perkara ini khususnya dari sudut kemudahan dan keselesaan tempat kerja.

“Kalau kita hendak duduk di pejabat selama sembilan jam sehari, kita kena ada kemudahan yang selesa. Kakitangan di agensi lain ada meja, persekitaran yang selesa, tetapi di kebanyakan sekolah tidak, ini kena diperbaiki dulu... tak perlu buat kajian lagi,” tambah Hashim.



sumber klik sini




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

4 respon:

Tanpa Nama berkata...

Patut juga kerja macam yang lain 8 hingga 9 jam sebab mereka (guru) dibayar gaji penuh dan kebanyakkan guru hanya berkerja selama 6 hingga 7 jam sahaja. Baru adil dengan penjawat2 kerajaan yang lain.

Tanpa Nama berkata...

Itulah pendapat orang yang tidak mengetahui rutin harian seorang guru.

Kita mesti ubah persepsi bahawa guru itu seperti murid yang turun sekolah pukul 7 dan tamat sekolah pukul 1.30ptg. Tugas cikgu pada masa persekolahan tersebut (6 jam di sekolah) adalah untuk mengajar di dalam kelas. Tapi kita mesti fikir selain mengajar, apa lagi kerja cikgu?

-Merancang Pengajaran Harian
-Menyemak buku
-Menyemak Ujian
-Membuat/Menyediakan alat bantu mengajar
-Laporan untuk sekolah
-Kokurikulum
-Pengisian Data Online
-Kursus-kursus

Pernahkan orang berfikir bila cikgu membuat semua kerja2 ni? Adakah cikgu mempunyai masa yang cukup sedangkan diwaktu persekolahan, seorang cikgu hanya ada masa terluang dalam 3-4 waktu (1-2 jam) sahaja

Kadang-kala seorang cikgu terpaksa membawa banyak kerja2 sekolah di rumah, bukan setakat hari persekolahan, malah pada hari minggu!

Yang kita nampak, kita hantar anak pergi sekolah, cikgu pun datang sekolah. kita ambil anak balik, kereta cikgu pun keluar sekolah. Tapi bagaimana pula dengan kelas petang? Kelas kokurikulum?

Semua cikgu bekerja lebih dari 6-7 jam. Cuma kita yang masih mempunyai pemikiran yang gurulah kerja yang paling senang dan paling banyak free time, sedangkan hakikatnya - hanya seorang guru itu sahajalah tahu

Tanpa Nama berkata...

Penjawat awam lain kerja aircon, guru kerja dalam oven. macam mana nak compare. u cuba kerja opis tanpa aircon, kerusi kayu, meja kecil, pen pensil semua keluar sendiri, baru tau susahnya guru. itu baru 1 percent daripada kesusahan guru. belum kira lagi 1 masa layan 40 puluh customers. mana ada satu penjawat awam yang layan 40 customers pada satu-satu masa? cuma guru sahaja yang layan 40 customers (students) at one time. kalau dikirakan, 1 guru layan 200 customers sehari. lebih teruk dari kerani yang kerja customer service. so jangan cakap pasal adil atau tak adil. penjawat awam lain kerja tepat pukul 5 balik. guru ada kala balik pukul 6. Itu pun blm jumpa pengetua yang strict.

bekas guru yang kecewa berkata...

kerja guru bukan mudah.banyak guna otak.tanggungjawab sangat besar.terlalu penat....ooo .ramai guru yang ada sakit jantung.dpt pengetua yang sakitkan kepala, guru bertambah stress.